SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT KEJADIAN TANAH RUNTUH MENGGUNAKAN APLIKASI GIS DI SEPANJANG LALUAN PERSEKUTUAN 59 CAMERON HIGHLANDS

Main Article Content

Hazriesyam Amir Bin Mustapha
Muhamad Firdaus Bin Che Amat
Ahmad Hariss Faizohar Bin Ab. Fatah

Abstract

Tanah runtuh merupakan antara kejadian bencana alam yang kerap berlaku di Malaysia dan  juga di luar negara yang boleh mengakibatkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda dan alam sekitar. Ia juga turut memberi kesan terhadap perubahan ekonomi negara akibat dari keperluan terhadap kos penyelenggaraan dan pembaikan yang besar bagi membina dan membangunkan semula kawasan yang terkesan dengan kejadian bencana alam tersebut. Satu sistem pengurusan maklumat kejadian tanah runtuh telah dibangun dengan menggunakan aplikasi GIS bagi tujuan pemantauan, pemerhatian dan perancangan yang berkaitan dengan kejadian tanah runtuh yang telah berlaku dan yang akan berlaku. Pembangunan Sistem Pengurusan Maklumat Kejadian Tanah Runtuh ini dilaksanakan melalui pencapaian beberapa objektif berikut iaitu, mengenalpasti kawasan cerun dan tanah runtuh di sepanjang laluan persekutuan 59, melakukan pemetaan terhadap kawasan cerun dan tanah runtuh di sepanjang laluan persekutuan 59 serta menyediakan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kawasan yang berisiko berlakunya tanah runtuh menggunakan aplikasi sistem GIS. Sistem ini juga dibangunkan dengan merujuk kepada beberapa skop iaitu, kawasan kajian adalah melibatkan cerun-cerun di sepanjang kiri dan kanan laluan persekutuan 59 Cameron Highland, data-data yang digunakan dalam kajian ini adalah dalam tempoh 8 tahun iaitu bermula dari tahun 2014 hingga tahun 2021, penghasilan sistem adalah melalui penggunaan perisian Google Earth Pro,  ArcMap dan ArcGis Online. Hasil dapatan akhir sistem ini adalah dalam bentuk paparan pemetaan digital, lokasi kedudukan kejadian tanah runtuh serta paparan maklumat dalam bentuk gambar dan atribut. Sistem Pengurusan Maklumat Kejadian Tanah Runtuh yang dibangunkan telah diuji dan ia terbukti dapat digunakan oleh masyarakat serta pihak yang berkaitan bagi tujuan pemantauan, pemerhatian serta perancangan.

Article Details

How to Cite
Amir Bin Mustapha, H., Firdaus Bin Che Amat, M., & Faizohar Bin Ab. Fatah, A. H. (2022). SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT KEJADIAN TANAH RUNTUH MENGGUNAKAN APLIKASI GIS DI SEPANJANG LALUAN PERSEKUTUAN 59 CAMERON HIGHLANDS. INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION, 606-618. Retrieved from https://ejurnal.unespadang.ac.id/index.php/ICGE/article/view/145
Section
EDUCATIONAL CREATIVITY (ICGE IX)

References

[1] Aleotti, P. & Chowdhury, R. 1999. Landslide hazard assessment: Summary review and new perspectives. Bull. Eng. Geol. Env. 58(1): 21-44.
[2] Barr, P., 1977. Taming The Jungle. Martin Secker & Warburg Limited. m/s. 72. ISBN 0-436-03365-8.
[3] Berita Harian Online. 2019. 2 kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands. Retrieved 20 Febuari 2022, from https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/05/567862/ 2-kejadian-tanah-runtuh-di-cameron-highlands.
[4] Bujang B.K. 2006. Water infiltration characteristics of unsaturated soil slope and its effect on suction and stability. Geotechnical and Geological Engineering, 24(5), 1293–1306. https://doi.org/10.1007/s10706-005-1881-8.
[5] Chung, C.J.F., Fabbri, A.G. & Van Westen, C.J. 1995. Multivariate regression analysis for landslide hazard zonation. Geographical Information Systems in Assessing Natural Hazards. Netherlands: Springer. pp. 107-133.
[6] Clarke, K.C. 1997. Getting Started with Geographic Information Sistems. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.
[7] Federal Route 59 (Jalan Tapah-Cameron Highlands). https://www.penang-traveltips.com/ malaysia/federal-route-59.htm. Retrieved on 22-02-2022.
[8] History Of Cameron Highlands: Need For Continuity Of A Declared Government Policy, The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser (1884–1942), Monday, 23 September 1935". m/s. 3 (Microfilm reel no. NL 3569), National Library, Singapore.
[9] Jamaluddin, T.A. 2016. Faktor Manusia dan Kegagalan Cerun di Malaysia (Human Factors And Slope Failures In Malaysia). Geological Society of Malaysia Bulletin, 52(June), 75–84. Retrieved from http://www.gsm.org.my/products/702001-100519-PDF.pdf.
[10] Jamaluddin, T.A., Sulaiman, N. & Nazer, N.S.M. 2020. Penilaian geomorfologi tanah runtuh lama di tanah tinggi tropika – Kajian kes Cameron Highlands dan Kundasang, Malaysia. Bulletin of the Geological Society of Malaysia, Volume 69, May 2020, pp. 111-124. DOI: https://doi.org/10.7186/bgsm69202010.
[11] Kanungo, D.P., Arora, M.K., Sarkar, S. & Gupta, R.P. 2006. A comparative study of conventional, ANN black box, fuzzy and combined neural and fuzzy weighting procedures for landslide susceptibility zonation in Darjeeling Himalayas. Engineering Geology 85: 347-366.
[12] Mezughi, T.H., Akhir, J.M., Rafek, A.G. & Abdullah, A. 2011. Landslide Susceptibility Assessment using Frequency Ratio Model Applied to an Area along the E-W Highway (Gerik-Jeli). American Journal of Environmental Sciences 7 (1): 43-50, 2011.
[13] Moore, W.K., (2004). Malaysia: A Pictorial History 1400–2004. Archipelago Press. m/s. 182. ISBN 981-4068-77-2.
[14] Majid, N.A., & Rainis, R. 2019. Aplikasi Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Analisis Diskriminan dalam Pemodelan Kejadian Kegagalan Cerun di Pulau Pinang, Malaysia. Sains Malaysiana 48(7)(2019): 1367–1381. http://dx.doi.org/10.17576/jsm-2019-4807-06.
[15] Rahman, Z.A., Rahim, S.A., Yaacob, J. & Idris, W.M.R. 2007. Tinjauan Awal Potensi Ketidakstabilan Cerun dan Cirian Fiziko-Kimia Tanah di Cameron Highlands, Pahang. Sains Malaysiana 36(2)(2007): 105-116.
[16] Ringkasan Eksekutif RT Cameron Highlands 2030. (https://web.archive.org/web/ 20171222220206/http://epublisiti.townplan.gov.my/rt/RT_Cameron/Ringkasan%20 Eksekutif%20CH.pdf). Diarkibkan daripada yang asal (http://epublisiti.townplan. gov.my/rt/RT_Cameron/Ringkasan%20Eksekutif%20CH.pdf) (PDF) pada 22-12-2017. Retrieved on 22-02-2022.
[17] Ruslan, R. & Shariff, N.M. 1998. Sistem Maklumat Geografi. Dewan Bahasa dan Pustaka.
[18] Statistik Jalan Edisi 2013. Kuala Lumpur: Malaysian Public Works Department. 2013.pp. 16–64.
[19] Tjia, H.D. 1987. Geomorfologi. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
[20] Yesilnacar, E. & Topal, T. 2005. Landslide susceptibility mapping: A comparison of logistic regression and neural networks methods in a medium scale study, Hendek region (Turkey). Engineering Geology 79: 251-266.
[21] Zamri Ismail, Mohamad Nor Said & Noor Suhaiza Sauti, 2016. Aplikasi GIS Untuk Pembangunan Sistem Maklumat Dan Pengurusan Sekolah. Penulisan Pensyarah Tahun 2016. Retrived from Laman Sistem Repositori Politeknik Merlimau, http://www.pmm.edu.my/index.php/unit/penyelidikan-inovasi-dan-komersil-upik/sistem -repository/Data-Penulisan-Pensyarah-PMM/ Penulisan-Tahun-2016/.

Most read articles by the same author(s)