PEMBANGUNAN SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI MENGGUNAKAN PEMODELAN BANGUNAN SECARA 3D

Main Article Content

Hazriesyam Amir Bin Mustapha
Muhamad Firdaus Bin Che Amat
Azira Binti Daud

Abstract

Sistem Maklumat Geografi (GIS) adalah merupakan sebuah sistem pengurusan maklumat berkomputer yang berfungsi untuk tujuan pengurusan maklumat, pengolahan, penganalisaan dan pengeluaran data maklumat yang berbentuk peta atau pelan dimana ianya memerlukan perisian, perkakasan, pengkalan data, prosidur serta kemahiran pengguna yang akan menggunakan dan menguruskan data maklumat tersebut. Pembangunan sistem GIS ini dilaksanakan dengan merujuk kepada sumber data model bangunan 3D yang dihasilkan berdasarkan binaan bangunan sebenar bagi tujuan memudahkan dan mempercepatkan proses pemantauan, peninjauan dan penyelenggaraan oleh pihak yang berkaitan. Pembangunan Sistem Maklumat Geografi ini dilaksanakan melalui pencapaian beberapa objektif berikut iaitu, mengenalpasti elemen-elemen struktur binaan bangunan sedia ada, menghasilkan model bangunan 3D berdasarkan ukuran dan binaan sebenar bangunan sedia ada sebagai keperluan kepada aplikasi pemodelan bangunan 3D serta menguji keupayaan aplikasi pemodelan bangunan 3D yang dihasilkan bagi tujuan pembangunan Sistem Maklumat Geografi tersebut. Sistem Maklumat Geografi ini dibangunkan berdasarkan kepada beberapa skop iaitu, penghasilan sistem adalah melalui penggunaan perisian SketchUp Pro, ArcMap dan ArcGis Online serta lokasi bangunan yang dipilih untuk tujuan paparan pemodelan maklumat geografi di dalam sistem GIS tersebut adalah di dalam kawasan Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, POLISAS. Hasil dapatan akhir pembangunan sistem maklumat geografi ini adalah dalam bentuk model visual digital 3D, lokasi kedudukan model serta paparan maklumat dalam bentuk data atau atribut. Pembangunan sistem GIS yang dibangunkan telah diuji dan ianya terbukti dapat digunakan oleh pihak yang berkaitan bersesuaian dengan fungsi penghasilannya.

Article Details

How to Cite
Amir Bin Mustapha, H., Firdaus Bin Che Amat, M., & Binti Daud, A. (2022). PEMBANGUNAN SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI MENGGUNAKAN PEMODELAN BANGUNAN SECARA 3D. INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION, 561-572. Retrieved from https://ejurnal.unespadang.ac.id/index.php/ICGE/article/view/140
Section
EDUCATIONAL CREATIVITY (ICGE IX)

References

[1] Clarke, K.C. (1997) Getting Started with Geographic Information Sistems. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall
[2] Fischer & Nijkamp, 1992. Spatial Data Sources and Data Problems. Dalam Maguire D. J., Goodchild, M. F., dan Rhind, D. W., (peny.) Geographical Information Systems: Principles and Applications. Jilid 1. Longman, London.
[3] Portal Rasmi Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. http://www.polisas.edu.my
[4] Masiri Kaamin, Nawawi Jusoh & Noor Suhaiza Sauti, 2016. Aplikasi Teknologi GIS Dalam Membangunkan Sistem Maklumat Pencarian Bilik Kuliah. Penulisan Penyarah Tahun 2016. Retrived from Laman Sistem Repositori Politeknik Merlimau, http://www.pmm.edu.my/index.php/unit/penyelidikan-inovasi-dan-komersil-upik/sistem -repository/Data-Penulisan-Pensyarah-PMM/Penulisan -Tahun -2016/
[5] Ruslan Rainis & Noresah Mohd Shariff (1998). Sistem Maklumat Geografi. Dewan Bahasa dan Pustaka.
[6] Zamri Ismail & Mohamad Nor Said, 2007. Aplikasi GIS Untuk Pembangunan Sistem Maklumat Dan Pengurusan Sekolah. Laporan Akhir VOT Penyelidikan 71967. Universiti Teknologi Malaysia.
[7] Zamri Ismail, Mohamad Nor Said & Noor Suhaiza Sauti, 2016. Aplikasi GIS Untuk Pembangunan Sistem Maklumat Dan Pengurusan Sekolah. Penulisan Pensyarah Tahun 2016. Retrived from Laman Sistem Repositori Politeknik Merlimau, http://www.pmm.edu.my/index.php/unit/penyelidikan-inovasi-dan-komersil-upik/sistem -repository/Data-Penulisan-Pensyarah-PMM/ Penulisan-Tahun-2016/