AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL GURU BESAR DAN KOMITMEN GURU DI SEKOLAH (Ts25) DI DAERAH MUAR, JOHOR

Main Article Content

Puvaneswary a/p Tamil Chelvan
Muhammad Bin Hussin

Abstract

Kecemerlangan sesebuah organisasi adalah bergantung pada kepimpinan guru besar dan komitmen guru. Kepimpinan merupakan cenderung untuk melihat kepimpinan sebagai salah satu faktor dan penyebab terhadap kecemerlangan organisasi. Kajian ini bertujuan bagi mengenalpasti hubungann kepimpinan transformasiional guru besar dengan komitmen guru yang terlibat dalam program Ts25. Kajian ini berbentuk tinjauan yang mengaplikasikan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik dalam bentuk Google Form. Kajian ini melibatkan seramai 108 orang responden yang dipilih melalui kaedah persampelan rawak dari populasi 158 orang guru dari 4 buah sekolah rendah Ts25 di daerah Muar. Analisis deskriptif berasaskan perisian SPSS versi 26 telah digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Hasil kajian menunjukkan tahap kepimpinan transformasional guru besar secara keseluruhan berada pada tahap yang tinggi (min= 4.52, s.p= 0.39) manakala tahap komitmen guru secara keseluruhannya berada pada tahap yang tinggi ( min=4.48, s.p=0.44). Analisis melalui ujian Korelasi Pearson mendapati terdapat hubungan positif yang signifikan kuat di antara kepimpinan transformasional guru besar dengan komitmen guru (r=0.76, p<0.01). Dapatan ini telah memberikan implikasi terhadap Kementerian Pendidikan Malaysia dan latihan di mana KPM perlu membuat garis panduan yang menggariskan syarat kelayakan yang sesuai mengikut keadaan semasa seperti menghadiri kursus kepimpinan transformasional sebelum meluluskan tawaran serta latihan - latihan yang diberikan oleh pihak organisasi seperti Institusi Aminudin Baki (IAB) dan NPQEL kepada calon pemimpin. Manakala implikasi terhadap komitmen guru besar memberikan semangat dan sokongan serta kepercayaan kepada guru untuk menambahbaikan komitmen guru supaya berkomited untuk kecemerlangan sekolah. Kesimpulannya, guru besar harus peka dan menitik beratkan kepimpinan transformasional guru besar yang dapat mempengaruhi komitmen guru di sekolah.

Article Details

How to Cite
a/p Tamil Chelvan, P., & Bin Hussin, M. (2022). AMALAN KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL GURU BESAR DAN KOMITMEN GURU DI SEKOLAH (Ts25) DI DAERAH MUAR, JOHOR. INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION, 371-379. Retrieved from https://ejurnal.unespadang.ac.id/index.php/ICGE/article/view/117
Section
EDUCATIONAL BUREAUCRACY (ICGE IX)

References

[1] Abdul Ghani, A. 2005. Kepimpinan Transformasi Pengetua dan Penggantian Kepimpinan Sebagai Penentu Komitmen Terhadap Organisasi dan Perlakuan Warga Organisasi Pendidikan. Jurnal Pendidik dan Pendidikan 20: 53-68.
[2] Anuratha M. & Azlin Norhaini M. 2021. Kertas Kajian: Kepimpinan Transformasional Guru Besar dan Komitmen Guru Di Zon Nilai, Negeri Sembilan. International Conference on Business Studies and Education. Universiti Kebangsaan Malaysia.
[3] Aziah Ismail, Abdul Ghani,K. & Abdullah Saad. 2005. Amalan Kepimpinan Transformasi & Kapasiti Kepimpinan di Dua Buah Sekolah Kluster di Malaysia. Universiti Sains Malaysia.
[4] Chua, Y.P. 2014. Kaedah Penyelidikan. McGraw-Hill Education. Ed ke-2. McGraw Hill Education.
[5] Elliott, B., & Crosswell, L. (2001). Commitment to teaching: Australian perspectives on the interplays of the professional and the personal in teachers’ lives. Educational Research.
[6] Faridah M. N., Khadijah D. 2018. Hubungan antara Kepimpinan Transformasi Guru Besar Mengikut Persektif Guru dengan Komitmen Guru terhadap Sekolah. Jabatan Pendidikan Asas dan Sains Sosial Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Fikiran Masyarakat, 6(2).
[7] Feizi, M., Ebrahimi, E., & Beheshti, N. 2014. Investigating The Connection Betweet Transformational Leadership and Organizational Commitment of High School Teachers in Germi.International Journal of Organizational Leadership 3;17-30.
[8] Gobinathan Vijian dan JamalulLail Abdul Wahab. 2020. Kepimpinan Transformasional Guru Besar dan Kepuasan Kerja Guru-Guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Zon Kajang. International Journal of Education and Pedagogy 2(2):18-31.
[9] Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
[10] Kwantes, C. T. 2009. Culture, Job Satisfaction and Organizational Commitment In India and The Unites States. Journal of Indian Business Research 1(4): 196-212.
[11] Mohamad Radzi Saidin, Azlin Norhaini Mansor, Mohamad Yusoff Mohd Nor & Jamallullail Abd Wahab. 2014. Kepimpinan Transformasional dan Komitmen Kerja Guru di Sekolah Rendah SBT di Negeri Selangor. Universiti Kebangsaan Malaysia. 628- 638.
[12] Meyer,J.P., & Allen, J.N. 1997. Commitment in The Work Place-Theory, Research and Application. Sage Publications, Thousand Oaks.
[13] Nunnally, J. C. & Bernstein, J. H. 1994. Psychometric Theory. 3rd ed. New York: Mc Graw Hill.
[14] Nurharani, S., Norshidah, N., & Afni Anida, A. 2013. Rekindle Teacher's Organizational Commitment: The Effect of Transformational Leadership Behavior. Procedia-Social and Behavioral Sciences 90: 566-574.
[15] Nur Jannah Keman, Norasmah Othman, Jamalulail Abd. Wahab. 2021. Hubungan Kepimpinan Transformasional Pentadbir Sekolah Dengan Komitmen Kerja Guru Di Sekolah Rendah. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, Jilid 19(1).
[16] Riaz, A., & Mahmood, H. Z. 2017. Cross-Level Relationship of Implemented High Performance Work System and Employee Service Outcomes: The Mediating Role of Affective Commitment. Pakistan Journal of Commerce & Social Sciences 11(1): 351-373.
[17] Sayadi. 2016. The Effect of Dimensions of Transformational, Transactional, and Non-Leadership on the Job Satisfaction and Organizational Commitment of Teachers in Iran. Management in Education 30(2): 57-65. Retrieved from http://dx.doi.org/10.1177/0892020615625363
[18] Sheeila Krishnan & Mohamed Yusoff Mohd Nor. 2019. Transformasi Guru Besar dan Komitmen Guru di Sekolah Rendah Berprestasi Tinggi (SBT) di Negeri Selangor. Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor.
[19] Siti Nazatul Norashikin Ali. 2016. Hubungan Antara Gaya Kepimpinan Transformasi Pengetua dengan Komitmen Guru PJK di Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Gua Musang, Kelantan. International Seminar on Generating Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA.
[20] Saravanan, M & Shahizan, H. 2020. Hubungan Antara Kepimpinan Transformasi Guru Besar Dengan Komitmen Kerja dalam Kalangan Guru Sekolah Rendah Di Daerah Kulim Bandar Baharu Kedah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 5(6): 136-150. Retrieved from https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i6.434.
[21] Zaliza, M, Y., & Mohd Izham, M, H. 2018. Amalan Kepimpinan Instruksional Pengetua dan Hubungannya dengan Komitmen Guru di Sekolah Menengah Daerah Seremban, Negeri Sembilan. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan 31(1).
[22] Zahari Hashim. 2019. Hubungan Kepimpinan Transformasi Guru Besar Dengan Komitmen Kerja Guru dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Di Daerah Hilir Perak. International Journal of Education, Psychology And Counseling.
[23] Zakaria, Nurulaim Asyikin and Abdul Kadir, Suhaida (2013) Komitmen guru terhadap sekolah menengah di daerah Kangar, Perlis. In: Graduate Research in Education Seminar. Faculty of Educational Studies, Universiti Putra Malaysia : 83-87.
[24] Zuraidah Ahmad, Norasmah Othman & Mohd. Izham Hamzah. 2011. Amalan Pengurusan Sumber Manusia (PSM) dan Motivasi Kerja. Prosiding Persidangan Kebangsaan Pendidikan Teknikal dan Kerjaya : 243-252