KEPIMPINAN TEKNOLOGI PENGETUA DAN PELAKSANAAN KEMAHIRAN ABAD KE 21 DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH

Main Article Content

Rafidah Binti Sitam
Muhammad Bin Hussin

Abstract

Pengetua adalah merupakan seorang individu yang mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap organisasi sekolah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan kepimpinan teknologi pengetua dan dalam pelaksanaan kemahiran abad ke 21 dalam kalangan guru di sekolah. Kajian yang dijalankan adalah secara kaedah tinjauan melalui pendekatan berbentuk kuantitatif menggunakan soal selidik. Dari segi pemilihan sampel kajian, seramai 148 sampel kajian yang terdiri daripada guru-guru yang bertugas di sekolah menengah di daerah Sabak Bernam. Dapatan kajian menunjukkan amalan kepimpinan teknologi pengetua pada tahap yang tinggi (min=4.12, s.p.=0.58). Dapatan ini menunjukkan amalan kepimpinan teknologi diimplimentasikan dengan sewajarnya oleh pengetua sekolah. Seterusnya, skor tahap kepimpinan pengetua mengikut demografi responde menunjukkan nilai t(148)=0.971, p=0.333. Dapatan ini membuktikan guru wanita lebih mempengaruhi perbezaan tahap kepimpinan pengetua sekaligus menjadikan hipotesis nol (Ho1) diterima. Manakala dari segi hubungan, terdapat hubungan yang lemah dan signifikan antara amalan kepimpinan teknologi pengetua dan pelaksanaan kemahiran abad ke 21 guru dengan nilai kolerasi pearson, r=0.392, p<0.00 sekaligus menolak hipotesis nol (Ho2) kajian. Dapatan kajian ini dapat membantu Kementerian Pelajaran Malaysia dalam memastikan kebolehsanaan Pendidikan abad ke 21 di seluruh sekolah di Malaysia, khususnya untuk menambahbaik dan mempertingkatkan mutu dan kualiti pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia. Seterusnya, pengetua boleh meningkatkan kredibiliti sebagai peneraju utama kepimpinan sekolah agar guru-guru dapat melaksanakan amalan pengajaran terbaik sejajar dengan hasrat pendidikan negara. Kesimpulannya pengetua perlu memastikan amalan kepimpinan di sekolah mampu diterapkan sewajarnya bagi menerajui sistem pengajaran dan pembelajaran guru-guru di sekolah agar bertepatan dengan perubahan yang diinginkan oleh Kementerian Pendidikan. Malaysia.

Article Details

How to Cite
Binti Sitam, R., & Bin Hussin, M. (2022). KEPIMPINAN TEKNOLOGI PENGETUA DAN PELAKSANAAN KEMAHIRAN ABAD KE 21 DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH. INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION, 355-363. Retrieved from https://ejurnal.unespadang.ac.id/index.php/ICGE/article/view/115
Section
EDUCATIONAL BUREAUCRACY (ICGE IX)

References

[1] Ainun Rahmah Iberahim, Zamri Mahamod & Wan Muna Ruzana Wan Mohamad. 2017. Pembelajaran Abad ke-21 Dan Pengaruhnya Terhadap Sikap, Motivasi dan Pencapaian Bahasa Melayu Pelajar Sekolah Menengah. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.
[2] Badrul Hisham Alang Osman & Mohd Nasruddin Basar. (2015). Penilaian Kendiri Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21. Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Conference Paper Keningau, 1-35
[3] Fullan, M. 1982. The Meaning Of Educational Change. New York: Teachers Press.https://www.scirp.org/(s(lz5mqp453edsnp55rrgjct55))/reference/reference spapers.aspx?referenceid=1210134
[4] Ibrahim Mamat. 2001. Pengetua Sekolah: Menangani Isu Dan Cabaran Kepemimpinan. Kuala Lumpur Kementerian Pendidikan Malaysia. 2021. Modul Pembelajaran Abad Ke 21. Https://Anyflip.Com/Qqfu/Zmlg/Basic
[5] Khuzaimah Zaaim & Mohamed Yusoff Mohd Nor. 2019. Tahap Kompetensi Guru (Pdpc) Skpmg2 Dan Tahap Kemenjadian Murid. International Journal Of Education, Psychology And Counseling, 4(27), 51-62
[6] Masyuniza Yunos & Zamri Mahamod. 2013. Penyepaduan Kemahiran Abad Ke-21 Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Kesusasteraan Melayu Kali Pertama, 338-352.
[7] Mohd Azri Bin Amatan & Crispina Gregory K Han. 2019. Pengaruh Persekitaran Psikososial Sekolah Dan Efikasi Kendiri Guru Terhadap Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21. Universiti Malaysia Sabah
[8] Mohd Norakmar Omar, Siti Noor Ismail & Abdul Latif Kasim. 2019. Hubungan Kepimpinan Teknologi Pengetua Dan Efikasi Kendiri Guru. Universiti Utara Malaysia
[9] Mohd Izham Mohd Hamzah, Faridah Juraime, Aida Hanim A. Hamid, Norazah Nordin & Noraini Attan. 2014. Technology Leadership And I Relationship With SchoolMalaysia Standard Of Education Quality (School-Mseq). International Education Studies
[10] Mohammed Sani Ibrahim & Mohd Izham Mohd Hamzah. 2012. Pengurusan Perubahan Makro Dalam Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia
[11] Muhammad Sabri Sahri, Nurulhuda Osman & Ilyani Syiham Muhammad. 2020. Aplikasi ‘Konsep 4c’ Pembelajaran Abad Ke-21 Dalam Kalangan Guru Sarjana Mod Pengajian Pendidikan Bahasa Arab Cuti Sekolah Uiam.Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
[12] Ng Lee Ching, Hazura Binti Abdul Rahim & Zubaidah Binti Salamat. 2020. Tahap Amalan Pembelajaran Abad Ke-21 (Pak21): Satu Kajian Kes. Institut Aminuddin Baki.
[13] Noraini Abdullah, Hamidon Khalid& Mohd. Izham Mohd Hamzah.2015. Amalan Kepimpinan Teknologi Pengetua Dalam Penintergrasian Ict Di Sekolah Menengah Kebangsaan Malaysia. Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek 2 Smk Taman Forest Height, Seremban, Negeri Sembilan 3 Universiti Kebangsaan Malaysia.
[14] Norazlin Mohd Rusdin & Siti Rahaimah Ali, 2019. Amalan Dan Cabaran Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21. Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
[15] ISTE (2009). National Educational Technology Standards For Administrators. Retrieved February 6, 2015, From Http://Www. Iste.Org/Docs/Pdfs/Nets-AStandards.
[16] Ololube. 2013. Leadership Theories And Educational Management: An Insight Institutional Affiliation Prof. O P Monga Professor Of Sociology & Associate Dean, Faculty Of Management Sciences And Liberal Arts, Shoolini University.
[17] Revathy Subramaniam & Mohd Izham Bin Mohd Hamzah.2020. Amalan Kepimpinan Teknologi Guru Besar Serta Cabaran Dan Cadangan Penambahbaikan Di Sekolah Universiti Kebangsaan Malaysia.
[18] Roslan Suraji. 2014. Definisi Dan Konsep Keguruan. http://roslansuraji.blogspot.com/2014/10/definisi-dan-konsep-keguruanprofesion.html
[19] Safiek Mokhlis. 2019. Kepimpinan Guru Besar Dalam Pelaksanaan Pendidikan Abad KE-21: Satu Kajian Preliminari. Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial. Universiti Malaysia Terengganu.
[20] Shahril Marzuki. 2000. Ciri-Ciri Kepimpinan Pengetua/Guru Besar Berkesan Yang Dapat Menghadapi Cabaran Dan Harapan Pada Abad Ke 21
[21] Tisebio Tiop & Roslee Talip. 2020. Hubungan Kepimpinan Teknologi Pengetua Dalam Pengurusan Kurikulum Dan Efikasi Kendiri Guru. Fakulti Psikologi Dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah.
[22] Vina Zahratul Hayat. 2018. Ersepsi Glamor Dan Elegan Bagi Para Pencinta Fashion Fakultas Psikologi Dan Ilmu Sosial Budaya Universitas Islam Indonesia Yogyakarta.
[23] Wardyawaty Rajikal & Isa Hamzah. 2020. Kajian Sistematik Pengajaran Abad Ke21(PAK21) Dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam (GPI). Universiti Kebangsaan Malaysia.
[24] Raja Abdullah Raja Ismail & Daud Ismail. 2018. Aplikasi Konsep 4C Pembelajaran Abad Ke-21 Dalam Kalangan Guru Pelatih Pengajian Agama Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail. Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral & Pusat Pengajian Dakwah dan Peradaban Islam. Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail & Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia.
[25] Yu, C. & Durrington, V.A. 2006. Technology Standards For School Administrators: An Analysis Of Practicing And Aspiring Administrators’ Perceived Ability To Performance Standards. NASSP Bulletin, 90, 301-317