HUBUNGKAIT GAYA PEMBELAJARAN DENGAN KESEDIAAN PELAJAR DALAM e-PEMBELAJARAN BAGI KURSUS KEJURUTERAAN MATEMATIK

Main Article Content

Hasmah Binti Abdullah
Eriazuriyani Binti Ibrahim

Abstract

Gaya pembelajaran merupakan salah satu elemen yang sangat penting   bagi   memastikan seseorang pelajar dapat belajar dengan baik dan berjaya dalam mata pelajaran Matematik Kejuruteraan. Perubahan gaya pengajaran dan pembelajaran terkesan apabila pandemik covid-19 melanda seluruh dunia termasuk Malaysia. Gaya pembelajaran pelajar secara bersemuka berubah kepada norma baharu gaya pembelajaran era teknologi e-pembelajaran atas talian dengan menggunakan teknologi peranti pintar. Kursus Kejuruteraan Matematik 3 merupakan subjek wajib lulus bagi pelajar Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektik di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) untuk tujuan penganugerahan diploma. Rungutan pelajar disebabkan tidak mampu memiliki medium pembelajaran yang sesuai, tidak bersedia mencapai cyber e-pembelajaran kerana memiliki internet yang tidak stabil, kepenatan menghadap peralatan medium pengajaran dan pembelajaran seharian dan data statistik pelajar berhenti pengajian yang tinggi semasa era perubahan pembelajaran atas talian menjadi fenomena yang membimbangkan dikalangan pensyarah kursus Kejuruteraan Matematik di Jabatan Matematik, Sains dan Komputer di POLISAS. Kajian bersifat deskriptif telah dijalankan untuk mengetahui dengan lebih jelas tentang hubungkait gaya pembelajaran dan kesediaan pelajar menghadapi pembelajaran secara atas talian bagi kursus Kejuruteraan matematik 3 di POLISAS. Analisa diperolehi daripada 174 orang pelajar yang telah mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara atas talian bagi kursus Kejuruteraan Matematik 3 bagi sesi Jun 2020 sebagai responden dalam kajian ini. Dua bahagian soalselidik iaitu maklumat pembelajaran dan kesediaan pelajar terhadap pembelajaran secara atas talian telah diukur. Kebolehpercayaan nilai Alfa Cronbach sebanyak 0.805 diperolehi bagi soalselidik kajian. Hasil kajian mendapati pelajar lebih mudah menggunakan kemudahan telefon pintar sebagai gaya pembelajaran semasa aktiviti e-pembelajaran dengan mendapat peratus paling tinggi iaitu sebanyak 53.4% diikuti dengan pelajar yang menggunakan komputer riba sebanyak 44.3%. Analisa kesediaan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran secara maya pula mendapati, kesediaan pelajar mengikuti setiap kelas Matematik kejuruteraan 3 secara atas talian mengikut jadual yang ditetapkan oleh pensyarah mendapat pencapaian skor min yang paling tinggi iaitu sebanyak 4.20 Manakala skor min yang paling rendah pula ialah saya mudah mengakses internet untuk proses pembelajaran dengan skor min sebanyak 3.72. Kesediaan dan daya inisiatif pelajar yang menggunakan teknologi atas talian dapat merangsang pembelajaran sekali gus menghubung jalinan mengikut kesesuaian dan gaya pembelajaran mereka. Keseluruhan hasil kajian ini mendapati bahawa pelajar telah bersedia bergerak seiring masa kepada pembelajaran secara cyber dengan penggunaan teknologi peranti pintar sebagai agen pembelajaran mereka.

Article Details

How to Cite
Binti Abdullah, H., & Binti Ibrahim, E. (2022). HUBUNGKAIT GAYA PEMBELAJARAN DENGAN KESEDIAAN PELAJAR DALAM e-PEMBELAJARAN BAGI KURSUS KEJURUTERAAN MATEMATIK. INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION, 154-164. Retrieved from https://ejurnal.unespadang.ac.id/index.php/ICGE/article/view/97
Section
CHARACTER BUILDING (ICGE IX)

References

Web:
[1] http://ajba.um.edu.my/index.php/JUKU/article/view/7961, Strategi Pembelajaran Aktif Secara Kolaboratif atas Talian Dalam analisis Novel Bahasa Melayu
[2] https://core.ac.uk/download/pdf/11787239.pdf, Gaya Pembelajaran Dan Kesannya Terhadap Penglibatan pelajar tahun akhir
[3] https://eprints.unisza.edu.my/1829/, eduGaya 3.0: Kenali Gaya Pembelajaran Anda
[4] http://eprints.utm.my/id/eprint/78332/1/NorazlinaAhmadPFP2014.pdf, Kesan Penyesuaian Pembelajaran Berdasarkan Gaya Pembelajaran Atas Talian Terhadap Pembentukan Pengetahuan Pelajar
[5] http://psikologiduniaku2012.blogspot.com/2012/08/gaya-pembelajaran.html, Psikologi duniaku: gaya pembelajaran. (2012).
[6] http://ms.wikipedia.org/wiki/Matematik