TAHAP KESEDIAAN GURU TERHADAP AMALAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21

Main Article Content

Isma Radhi Bin Aminnuddin
Norazah Binti Mohd Nordin

Abstract

Seiring dengan perkembangan teknologi masa kini, KPM telah memperkenalkan pembelajaran abad ke-21 (PAK21). Kajian dijalankan untuk mengkaji tahap kesediaan guru terhadap amalan PAK21 dalam konteks teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Kajian dilaksanakan menggunakan pendekatan kuantitatif berbentuk tinjauan. Instrumen berbentuk soal selidik merangkumi tiga bahagian terhadap 118 guru sekolah rendah sekitar daerah Johor Bahru yang dipilih secara rawak. Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) digunakan bagi menganalisis data min dan sisihan piawai bagi setiap persoalan yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan bahawa min keseluruhan bagi aspek kemahiran TMK guru ialah 4.27 dan sisihan piawai 0.721 manakala  min dan sisihan piawai bagi aspek tahap penggunaan TMK guru ialah 2.48 dan 1.107. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap kemahiran TMK guru dan tahap penggunaan TMK guru adalah tinggi. Hasil kajian juga memberi gambaran bahawa tahap kesediaan guru terhadap amalan pembelajaran PAK21 dalam aspek TMK adalah tinggi. Kajian ini diharapkan dapat membantu pihak sekolah untuk merangka latihan pembangunan mahupun persediaan untuk menjadikan sesi pengajaran lebih interaktif dan menambah baik amalan pembelajaran guru.

Article Details

How to Cite
Radhi Bin Aminnuddin, I., & Binti Mohd Nordin, N. (2022). TAHAP KESEDIAAN GURU TERHADAP AMALAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21. INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION, 147-153. Retrieved from https://ejurnal.unespadang.ac.id/index.php/ICGE/article/view/96
Section
CHARACTER BUILDING (ICGE IX)

References

[1] Apak, J. & Muhammad Suhaimi Taat. (2018). Hubungan Tingkah Laku Pemupukan Kreativiti Guru Dengan Pengurusan Bilik Darjah Abad Ke-21. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 3(3): hlm. 64-79
[2] Azlida Tajudin & Norazilawati Abdullah. (2018). Kesediaan Guru Sains Sekolah Rendah Terhadap Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia 8(1): hlm. 82-97
[3] Bael, B. T., Nachiappan, S., Maslinda Pungut. (2021). Analisis Kesediaan Guru Dalam Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Pembelajaran Pengajaran dan Pemudahcaraan Abad Ke-21. Mjssh Online 5(1): hlm. 100-119
[4] Dina Amira Hashim & Mohamed Yusoff Mohd Nor. (2019). Tahap Kepimpinan Coaching Guru Besar dan Kesediaan Guru Dalam Pelaksanaan Pembelajran Abad Ke-21 di Sekolah Rendah. International Journal of Education and Pedagogy 1(1): hlm. 50-71
[5] Institut Aminuddin Baki. (2017). Panduan Pelaksanaan Pendidikan Abad Ke-21. Kementerian Pendidikan Malaysia: hlm. 1-109
[6] Intan Marfarrina Omar, Simah Mamat, Suriati Sulaiman, Nor Asiah Ismail. (2021). Tahap Pengetahuan Teknologi, Kemahiran dan Penggunaan Tmk Dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan Komsas Guru Bahasa Melayu di Kelantan. Jurnal Kepimpinan Pendidikan 8(1): hlm. 47-60
[7] Kementerian Pendidikan Malaysia. Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21)
[8] Mashira Yahaya, Rusyati Hanafiah, Nor Sazila Zakaria, Rohana Osman. (2019). Amalan Pembelajaran Abad Ke-21 (Pak21) Dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan (Pdpc) Guru-Guru Sekolah Rendah. Jurnal IPDA Bil 26: hlm. 13-24
[9] Mantihal, S. & Siti Mistima Maat. (2020). Pengaruh Pembelajaran Abad Ke-21 (Pak21) Terhadap Minat Murid Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik: Satu Tinjauan Sistematik. Jurnal Dunia Pendidikan 2(1): hlm. 82-91
[10] Mazarul Hasan Mohamad Hanapi, Maizura Komari, Norazimah Zakaria. (2020). Kesediaan Guru Pendidikan Islam Dalam Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21. International Journal of Education and Pedagogy (IJEAP) 2(2): hlm. 9-17
[11] Muhammad Sabri Sahrir, Nurulhuda Osman, Ilyani Syiham Muhammad. (2020). Aplikasi ‘Konsep 4c’ Pembelajaran Abad Ke-21 Dalam Kalangan Guru Pelajar Sarjana Mod Pengajian Pendidikan Bahasa Arab Cuti Sekolah UIAM. Jurnal Bahasa dan Linguistik 2(1): hlm. 12-22
[12] Munusamy, N. & Norazah Mohd Nordin. (2021). Tahap Pengetahuan dan Kesediaan Guru Bahasa Tamil Terhadap Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan. Jurnal Dunia Pendidikan 3(1): hlm. 666-682
[13] Nur Adibah Liyana Awi & Hafizhah Zulkifli. (2021). Amalan Kreativiti Guru Pendidikan Islam Dalam Pembelajaran Abad Ke-21. ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J) 4(1): hlm. 40-54
[14] Nur Syahfika Abdul Shukor & Zolkepli Harun. (2016). Cabaran Pembelajaran Abad Ke-21 Dalam Mata Pelajaran Sains. Universiti Kebangsaan Malaysia: hlm. 410-418
[15] Noorzailiza Zainal Abidin, Rozita Radhiah Said, Ahmad Fauzi Mohd Ayub. (2020). Amalan Pengajaran Guru Bahasa Melayu Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Abad 21 Prosa Tradisional Di Sekolah Menengah. International Social Science and Humanities Journal 3(3): hlm. 67-82
[16] Norazlin Mohd Rushdin & Siti Rahaimah Ali. (2019). Amalan dan Cabaran Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21. Proceeding of the International Conference on Islamic Civilization and Technology Management. hlm. 87-105
[17] Norfaizah Binti Md Kamary & Mahizer Bin Hamzah. (2019). Kesediaan Guru Matematik Daerah Kuala Langat Dalam Melaksanakan Pembelajaran Abad Ke 21. Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan (ISPEN): hlm. 110-130
[18] Nur Afiqah Zakaria & Fariza Khalid. (2016). Manfaat Penerapan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Dalam Pembelajaran Matematik Serta Kekangannya. Fakulit Pendidikan UKM: hlm. 88-101
[19] Nur Fatin Shamimi Che Ibrahim, Nur Farahkhanna Mohd Rusli, Mohd Ra’in Shaari, Nallaluthan, K. (2021). Persepsi Pelajar Terhadap Aplikasi Multimedia Interaktif Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21. Online for TVET Practitioners 6(1): hlm. 15-24
[20] Ouedraogo,B . (2017). Model of Information and Communication Tehcnology (ICT) Acceptance and Use For Teaching Staff In Sub-Saharan Africa Public Higher Education Institutions. Canadian Centre of Science and Education 7(2): hlm 101-118
[21] Shahrul Nazmi Sannusi. (2020). Literasi Media Dalam Kalangan Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Terhadap Isu Alam Sekitar. Jurnal Komunikasi 36(2): hlm. 124-142
[22] Tengku Sarina Aini Tengku Kasim, Nur Atikah Miasan, Yusmini Md. Yusoff. (2020). Cabaran Pembelajaran Abad Ke-21 Dalam Kalangan Guru Novis Pendidikan Islam di Malaysia. International Journal of Education, Psychologu and Counselling (IJEPC) 5(37): hlm. 206-220
[23] Wardyawaty Rajikal & Mohd Isa Hamzah. (2020). Kajian Sistematik Pengajaran Abad Ke-21 (Pak21) Dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam (GPI). Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education 4(2): hlm. 103-113