TEKNIK PENYOALAN GURU SEJARAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH DAN KESANNYA KEPADA KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH

Main Article Content

Emmanina binti Subpei Shafie
Mohd Mahzan bin Awang

Abstract

Teknik penyoalan merupakan kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh Guru Sejarah. Teknik penyoalan dalam pengajaran dipercayai mampu meningkatkan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS), malah digunakan juga untuk penilaian dalam proses pengajaran terutamanya dalam norma baharu pendidikan iaitu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Oleh itu, kajian kuantitatif berbentuk tinjauan ini dijalankan bertujuan untuk melihat pelaksanaan teknik penyoalan oleh Guru Sejarah dalam sesi PdPR dan kesannya terhadap KPS. Kajian ini diambil berdasarkan perspektif 406 orang murid lepasan SPM tahun 2020 yang merupakan sampel yang dipilih secara rawak mudah dan bertujuan dari sekolah-sekolah menengah di Limbang, Sarawak. Pengumpulan data daripada responden adalah menggunakan instrumen soal selidik yang ditadbir dan dijalankan melalui aplikasi Google Form. Manakala, teknik analisis data yang dipilih adalah analisis statistik deskriptif dan inferensi menggunakan program Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 25.0. Dapatan analisis deskriptif menunjukkan pelaksanaan teknik penyoalan Guru Sejarah dalam PdPR adalah pada tahap sederhana. Manakala, analisis bagi ujian korelasi dan regrasi menunjukkan hubungan yang positif dan sederhana di antara semua item teknik penyoalan dengan KPS serta teknik penyoalan Retorikal menjadi faktor kesan tertinggi kepada KPS dengan nilai Beta 0.223. Dapatan kajian yang signifikan ini membuktikan teknik penyoalan Guru Sejarah dalam PdPR memberi kesan kepada KPS. Oleh yang demikian, kajian ini diharap dapat memberi motivasi dan keyakinan kepada Guru Sejarah untuk lebih berusaha melaksanakan teknik penyoalan dalam sesi PdPR dengan cara yang betul agar pembelajaran Sejarah menjadi lebih bermakna, memberi kesan positif terhadap sikap murid dan tidak hanya bermatlamat kepada hafalan fakta semata-mata bagi menjawab peperiksaan.

Article Details

How to Cite
binti Subpei Shafie, E., & Mahzan bin Awang, M. (2022). TEKNIK PENYOALAN GURU SEJARAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH DAN KESANNYA KEPADA KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH. INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION, 124-135. Retrieved from https://ejurnal.unespadang.ac.id/index.php/ICGE/article/view/94
Section
CHARACTER BUILDING (ICGE IX)

References

[1] Abdull Sukor Shaari. Ab Aziz Yusof. Mohd Khan Jamal Khan. (2008). Keadilan Penilaian Prestasi dalam Kalangan Guru dan Hubungannya dengan Motivasi Kerja dan Prestasi Akademik Sekolah. IJMS 15 (Bumper Issue), (2008). Pg: 159-176.
[2] Fairol Hamid. Aidah Abdul Karim. (2016). Keberkesanan Teknik Penyoalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi Meningkatkan Pengetahuan Sejarah dan KBAT Murid. Seminar Internasional Inovasi Pembelajaran dan Mutu Pendidikan Siri 1 (2016). Hlm: 674-682.
[3] Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran Sejarah. Putrajaya: Jemaah Nazir KPM.
[4] Maimunah Md. Aji. (1997). Penggunaan penyoalan di dalam bilik darjah oleh guru-guru pelatih Maktab Perguruan Islam. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
[5] Mohd Asri. Zulkifley Hamid. 2016. Melahirkan Warga yang Berketerampilan Bahasa: Kajian Hubungan antara Pengetahuan dengan Amalan Komunikatif dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu. Malaysian Journal of Society and Apace (Geografia, 2016). Hlm: 32-45.
[6] Mohd Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
[7] Muhammad Sofwan Mahmud & Aida Suraya Md. Yunus. (2018). Penyoalan Lisan Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik: Sebuah Tinjauan Literatur. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Jilid 13/2018 (Bil.1): ISSN 2180-2270. Hlm: 131-141.
[8] Muhammad Zulfiqar. Anuar Ahmad. (2021). Minat Murid Terhadap Gaya, KAedah Pengajaran dan Pembelajaran Guru dalam Pendidikan Sejarah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), Vol. 6, Issue 2, (2021). Pg: 211-221.
[9] Norakma Mohd Daud. Mohd Mahzan Awang. Abdul Razaq Ahmad. (2017). Kompetensi Guru dalam Melaksanakan Strategi Penyoalan Berkesan dalam Mata Pelajaran Sejarah. International Conference on Education and Regional Development (ICERD 2017). Pg: 49-54.
[10] Nurul ‘Atiqah Riswan. Roslinda Rosli. (2017). Amalan Penyoalan Dalam Pengajaran Guru Matematik Sekolah Menengah. Seminar Kebangsaan Sains dan Psikologi dalam Pendidikan (2017). Hlm: 403-413.
[11] Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Penilaian Kendalian Sekolah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
[12] Riduwan. (2012). Skala Pengukuran Variable-variable: Penelitian. Bandung: Alfabeta.
[13] Suzana Abd Mutalib. (2015). Penilaian Pelaksanaan Pentaksiran Formatif di Pra Sekolah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
[14] Zanaton Iksan. Esther Gnanamalar Sarojini (2012). Corak Aliran Penyoalan Lisan Guru Dalam Proses Pengajaran bagi Tajuk Elektrokimia. Jurnal Pendidikan Malaysia 37 (1) (2012). Hlm: 57-67.