PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) BAHASA INGGERIS DAN HUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN GURU BAHASA INGGERIS DI DAERAH SEMPORNA ERA NORMA BAHARU

Main Article Content

Suhaila Binti Jaabi
Mohamed Yusoff Bin Mohd Nor

Abstract

Guru dan pihak sekolah tidak akan terlepas dalam merancang, membina, mentadbir, memeriksa, merekod dan melapor pelaksanaan pentaksiran bilik darjah (PBD) agar berjalan dengan baik. Namun, antara cabaran yang dihadapi dalam melaksanakannya semasa pandemic Covid-19 melanda, sistem pendidikan Malaysia akur dengan corak pembelajaran norma baharu iaitu pembelajaran atas talian yang melibatkan semua peringkat sekolah dan pusat pengajian tinggi sama ada dalam sektor kerajaan mahupun swasta. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap pelaksanaan PBD Bahasa Inggeris dan tahap komitmen guru Bahasa Inggeris di daerah Semporna, Sabah era norma baharu. Malah, ingin mengetahui hubungan pelaksanaan PBD Bahasa Inggeris dengan komitmen guru Bahasa Inggeris serta mengetahui dimensi utama yang menyumbang kepada komitmen guru. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan rekabentuk tinjauan yang melibatkan satu kumpulan responden iaitu guru Bahasa Inggeris. Responden terdiri daripada 28 orang guru Bahasa Inggeris dari tiga buah sekolah yang berlainan di daerah Semporna, Sabah melalui edaran instrument soalselidik maya (googleform). Dapatan kajian mendapati skor min keseluruhan pada tahap pelaksanaan PBD Bahasa Inggeris adalah sederhana (min=15.82 , sp=2.816) . Manakala, skor min keseluruhan tahap komitmen guru Bahasa Inggeris adalah pada tahap tinggi,(min=18.07, sp=3.962). Terdapat hubungan antara pelaksanaan PBD Bahasa Inggeris dengan komitmen guru Bahasa Inggeris sebanyak 60% r=0.603. Dapatan kajian tersebut, memberi implikasi terhadap teori, dasar dan latihan yang berkaitan dengan komitmen guru Bahasa Inggeris dalam melaksanakan PBD. Kesimpulannya, bagi komitmen guru Bahasa Inggeris berada pada tahap yang tinggi hendaklah diberi latihan yang khusus dalam pelaksanaan PBD Bahasa Inggeris agar penilaian terhadap kualiti murid bersesuaian dengan tahap pencapaian yang diperolehi. Oleh itu, dicadangkan agar kajian lanjutan melibatkan guru Bahasa Inggeris di sekolah kawasan pedalaman diperluaskan dengan menambah lebih ramai responden dan lokasi kajian agar maklumat menyeluruh berkaitan komitmen guru Bahasa Inggeris dalam pelaksanaan PBD Bahasa Inggeris dapat digambarkan secara komprehensif dan menyeluruh.

Article Details

How to Cite
Binti Jaabi, S., & Yusoff Bin Mohd Nor, M. (2022). PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) BAHASA INGGERIS DAN HUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN GURU BAHASA INGGERIS DI DAERAH SEMPORNA ERA NORMA BAHARU. INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION, 102-110. Retrieved from https://ejurnal.unespadang.ac.id/index.php/ICGE/article/view/92
Section
CHARACTER BUILDING (ICGE IX)

References

[1] Akhbar Brahim & Siti Zaliha Reduan. (2002). Penilaian Prestasi Berasaskan Sekolah: Pelaksanaan dan Kesediaan Guru. Kertas Kerja dibentangkan di Persidangan Kebangsaan Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
[2] Aniza Ahmad & Zamri Mahamod. (2015). Tahap Kemahiran Guru Bahasa Melayu sekolah menengah dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah berdasarkan Jantina, Opsyen dan Tempat Mengajar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5 (1):18-29.
[3] Arumugham, K.S. (2020). Kurikulum, Pengajaran Dan Pentaksiran Dari Perspektif Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Asian People Journal (APJ), 3(1),151-161
[4] Bahagian Pembangunan Malaysia. (2019). Pentaksiran Bilik Darjah. Kementerian Pendidikan Malaysia.
[5] Faizah A. Majid. (2011). School-based assessment Malaysia schools. The concerns of English teacher. Journal Of US-China Education Review, 8(10): 1548-6613.
[6] Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya Bahagian Pendidikan Guru.
[7] Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Putrajaya Bhagian Pendidikan Guru.
[8] Varatharaj, R. (2015). Amalan Pentaksiran dalam PdP Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di Sekolah Kluster. Jurnal Penyelididkan Dedikasi, 9, 1-17.
[9] Wiliam, D, & Thompson, M. (2017). Integrrating assessment with learning: What will it take to make it work? Dlm Dwyer, C. A (ed), The future of assessment 9pp. 53-82). Routledge.
[10] Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi & Nik Muhd Rahimi Mohd Yusoff. (2010). Pentaksiran Bilik Darjah : Panduan Untuk Guru Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab. Bangi: Penerbit Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.