TAHAP KECERDASAN EMOSI DAN KOMITMEN GURU DI SEKOLAH SWASTA DALAM PENGURUSAN DAN PERANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR)

Main Article Content

Nurul Dalina Binti Yaacob
Prof Madya Datuk Dr. Muhammad Bin Husin

Abstract

Kecerdasan emosi guru memainkan peranan penting dalam pengurusan dan perancangan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) boleh memberi impak kepada komitmen kerja guru di sekolah. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap kecerdasan emosi dan komitmen guru di tiga buah sekolah swasta sekitar Lembah Klang dalam pengurusan dan perancangan PdPR. Kajian kuantitatif ini menggunakan rekabentuk tinjauan dengan edaran borang soal selidik dalam talian (google form) kepada responden di sekolah swasta sekitar Lembah Klang. Populasi kajian melibatkan 240 orang guru manakala sampel kajian seramai 150 guru telah dipilih. Perisian SPSS digunakan untuk menganalisis secara deskriptif dan inferensi bagi menjawab segala persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap kecerdasan emosi guru berada pada tahap yang tinggi (min = 3.92, s.p = 0.798) manakala dapatan bagi komitmen guru pula ialah pada tahap sederhana (min = 3.59, s.p = 0.975). Bagi melihat hubungan antara kedua pemboleh ubah, ujian Korelasi Pearson digunakan, telah menunjukkan nilai hubungan kecerdasan emosi guru dan komitmen guru adalah 0.470 (p-value = 0.000 < α = 0.001), yang menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan positif yang sederhana antara kedua-dua pemboleh ubah yang terlibat. Dapatan ini telah memberikan implikasi terhadap dasar dan latihan, Bahagian Pendidikan Swasta di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia perlu menjalankan pemantauan yang lebih kerap di sekolah swasta berdaftar dalam memastikan proses PdPR di sekolah swasta dapat dilaksanakan sebagaimana di sekolah kerajaan manakala pihak pentadbir sekolah perlu lebih peka dan cakna terhadap emosi guru dan komitmen guru semasa PdPR dengan sentiasa menyediakan kursus dan latihan yang berkaitan pengurusan dan perancangan PdPR. Kesimpulannya kecerdasan emosi yang tinggi dalam kalangan guru mampu menangani cabaran dalam pengurusan dan perancangan pengajaran PdPR seterusnya komitmen guru di sekolah swasta dapat ditingkatkan.

Article Details

How to Cite
Dalina Binti Yaacob, N., & Dr. Muhammad Bin Husin, P. M. D. (2022). TAHAP KECERDASAN EMOSI DAN KOMITMEN GURU DI SEKOLAH SWASTA DALAM PENGURUSAN DAN PERANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PdPR). INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION, 85-91. Retrieved from https://ejurnal.unespadang.ac.id/index.php/ICGE/article/view/90
Section
CHARACTER BUILDING (ICGE IX)

References

[1] Allen,N. J., & Meyer, J. P. (1990). The measurement and antecedents of
[2] affective,continuance and normative commitment to the organization. Journal of Occupational Psychology 63(1): 1-18.
[3] Dulewicz, V., Higgs, M.J. and Slaski, M. (2004), “Emotional intelligence: construct and concurrent validity”, Journal of Managerial Psychology, Vol. 5, p. 18
[4] Fatimah Affendi. (2014). Tahap kepuasan kerja dan komitmen organisasi dalam kalangan guru kolej vokasional: Pendekatan structural equation model. Tesis Master, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
[5] Golemen, D. (1998). Working with Emotional Intelligence. New York: Bantam Books.
[6] Golemen, D. (1999). Emotional Intelligence: Why It Can Matter More Than IQ. New York: Bantam Books.
[7] Kementerian Pendidikan Malaysia Bil. 3, Tahun 2020 Bertarikh 27 Mac 2020. Putrajaya
[8] Nurul Hudani Md. Nawi, Marof Redzuan, & Noor Hisham Md. Nawi. (2013). Pengaruh Aspek Kecerdasan Emosi Terhadap Tingkah Laku Kepimpinan Transformasi dalam Kalangan Pemimpin Pendidik Sekolah. Akademika, 83, 3–11.
[9] Petrie (2020). Emotional intelligence and personnel organizational commitment. Middle East Journal of Scientific Research 11(8): 1100-1115
[10] Skovholt, T., and D’Rozario, V. 2000. “Portraits of outstanding and inadequate teachers in Singapore: The impact of emotional intelligence”. Teaching and Learning, 21(1): 9-17
[11] Polloway, E. A., J. R. Patton, and L. Serna. 2001. Strategies for teaching learners with special needs. Ed. ke-7. Upper Saddle River, New Jersey: Merrill Prentice-Hall In
[12] Shahfiezul Shahaimi & Fariza Khalid. (2016). Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE-FROG) di sekolah-sekolah di Malaysia: Pelaksanaan dan cabaran. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Kali Ke-5, hlm. 28-37.
[13] Syed Najmuddin Kecerdasan Emosi Dan Hubungannya Dengan Nilai Kerja Jurnal Teknologi, 39(E) Dis. 2003: 77–84
[14] Yahzanon & Yusof Boon. (2011). Tahap kecerdasan emosi dan hubungannya dengan komitmen guru dalam bekerja kalangan guru mata pelajaran teras tahun enam. Journal of Edupres, Volume 1, 187-196