PEMBANGUNAN SISTEM PEMEROLEHAN DATA PERIKANAN BERSEPADU
Main Article Content
Abstract
Dalam proses pengisytiharan ikan di kompleks pendaratan ikan, terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh nelayan dan pihak pentadbiran kompleks. Pemantauan proses pendaratan dan pengisytiharan ikan telah menjadi cabaran dalam pentadbiran di kompleks-kompleks ini kerana biasanya hanya seorang penyelia ditugaskan untuk melaksanakan kerja-kerja pemantauan tersebut. Kertas ini cuba berkongsi tentang pembangunan prototaip yang menerapkan elemen Internet of Things (IoT) ke dalam pemantauan tersebut. Sistem permerolehan data perikanan bersepadu ini dibangunkan untuk mendapatkan data-data seperti berat ikan, jenis ikan, tarikh pendaratan, lokasi pendaratan dan lain-lain. Maklumat ini seterusnya digunakan untuk menyalurkan statistik perikanan kepada pihak pengurusan perikanan. Terdapat empat skop dalam pembangunan projek ini iaitu penimbang IoT, aplikasi mudah alih, sistem notifikasi nelayan tidak aktif dan pencetak IoT. Walaupun kefungsian sistem ini telah berjaya dihasilkan, tetapi projek ini mencadangkan agar kajian lanjut dilaksanakan bagi menilai keberkesan penggunannya di kompleks pendataratan ikan milik kerajaan mahupun swasta.
Article Details

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 International License.
References
[2] Khedikar, M. A., Khobragade, M. M., Sawarkar, M. N., & Nikita, M. (2017). Garbage management of smart city using IoT. Int. J. Res. Sci. Eng, 35-38.
[3] Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. (2009). ePengisytiharan System: User Guide. Cilix Corporation Sdn. Bhd.
[4] Nugraha, G. D. Y., Prayogo, R. C., Syafitri, A. K. N., Berlian, I. N., Pratama, R. J. A., & Widianto, E. D. (2017). Sistem Identifikasi Beban Angkutan Barang Yang Terintegrasi Pada Jembatan Timbang Menggunakan Kartu Rfid. Techno (Jurnal Fakultas Teknik, Universitas Muhammadiyah Purwokerto), 18(2), 77-82.
[5] Soumyalatha, S. G. H. (2016, May). Study of IoT: understanding IoT architecture, applications, issues and challenges. In 1st International Conference on Innovations in Computing & Net-working (ICICN16), CSE, RRCE. International Journal of Advanced Networking & Applications (No. 478).
[6] Sugara, A. R., Taqwa, A., & Rakhman, A. (2019). Implementasi Internet of Things Pada Alat Penimbangan Muatan Truk Berbasis RFID. Jurasik (Jurnal Riset Sistem Informasi dan Teknik Informatika), 4(1), 142-150.