PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN SUATU ALTERNATIF SEMASA PANDEMIK COVID-19, SELESAKAH PELAJAR?: SATU KAJIAN KES

Main Article Content

Nor Rul Azlifah bt Zulkafali

Abstract

Kajian ini adalah tentang keselesaan pelajar terhadap Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Dalam Talian (DT) semasa tempoh Pandemik COVID-19. Kajian ini dilakukan terhadap pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Objektif kajian ialah mengetahui keselesaan pelajar ke atas pelaksanaan PdP Dalam Talian (DT) dalam tempoh Pandemik COVID-19. Faktor yang diambil kira merangkumi faktor pensyarah, rakan, keluarga, kemudahan digital dan pentaksiran. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Responden kajian diambil secara rawak yang terdiri daripada 157 orang pelajar PPISMP IPGKBM. Analisis kekerapan, peratusan dan min digunakan bagi mengenal pasti keselesaan PdP Dalam Talian. Dapatan kajian menunjukkan data melebih melebih 78% pelajar setuju bahawa pensyarah melaksanakan PdP Dalam Talian dengan berkesan. Sebanyak 33.12% pelajar tidak selesa kerana ketiadaan rakan-rakan secara bersemuka. Di samping itu, hanya 17.83% sahaja pelajar yang sangat selesa dengan pelbagai aplikasi PdP secara Dalam Talian. Berdasarkan dapatan kajian keseluruhannya pengkaji mencadangkan beberapa cadangan antaranya pensyarah perlu meningkatkan kompetensi kemahiran digital dari semasa ke semasa supaya berupaya melaksanakan amalan PdP Dalam Talian yang lebih berkesan dan lebih selesa kepada pelajar. Seterusnya, kajian lanjut boleh dilaksanakan difokus kepada kompetensi pensyarah dan pelajar terhadap pelaksanaan PdP Dalam Talian.

Article Details

How to Cite
Azlifah bt Zulkafali, N. R. (2022). PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN SUATU ALTERNATIF SEMASA PANDEMIK COVID-19, SELESAKAH PELAJAR?: SATU KAJIAN KES. INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION, 56-68. Retrieved from https://ejurnal.unespadang.ac.id/index.php/ICGE/article/view/87
Section
EDUCATIONAL TRANSFORMATION (ICGE IX)

References

[1] Abhipriya Roy. (2019). Technology in teaching and learning. Journal of Emerging Technologies and Innovative Research (JETIR). Volume 6, Issue 4. ISSN-2349-5162. University, Bangalore, India.
[2] Dhawan, S. (2020). Online learning: A panacea in the time of COVID-19 crises. Journal of Educational Technology, 49(1), 5–22. https://doi.org/10.1177/0047239520934018
[3] Ghazali Yusri et. al. (2021). Penggunaan strategi belajar bersama rakandalam kalangan pelajar kursus bahasa Arab di Universiti Teknologi Mara (UITM) dalam Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 27, 37–50, 2012.
[4] Hazwani Mohd Najib, Noor Raudhiah Abu Bakar & Norziah Othman. (2017). E-pembelajaran dalam kalangan pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi selangor dalam Malaysian Online Journal of Education Vol. 1, No. 1 (2017), 74-82. International Islamic University College Selangor.
[5] Hsiao C.C, et. al. (2018). Exploring the effects of online learning behaviors on short-term and long-term learning outcomes in flipped classrooms. Journal Interactive Learning Environments Volume 27, 2019 - Issue 8: Flipped Classrooms. Taylor & Francis Online. https://doi.org/10.1080/10494820.2018.1522651
[6] Lubna Abd Rahman et. al. (2021). Pembelajaran Norma Baharu Era Covid-19: Refleksi Pelajar Kursus Metodologi Penyelidikan USIM dalam Sains Insani 2021. eISSN: [0127-7871]
[7] Munirah Salleh et al. (2021). Tinjauan keberkesanan pembelajaran secara dalam talian Ketika Pandemik Covid-19: Perspektif pelajar Sains Kejuruteraan Politeknik Ibrahim Sultan. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 3, n. 1, p. 374-384, mar. 2021. ISSN 2682-826X.
[8] Normah Husin. (2021). Pengajaran dan Pembelajaran dalam Talian dalam Kalangan Pelajar Program Sarjana Muda Pengajian Bahasa Al-Quran, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis). Jurnal Pengajian Islam, 106-120. Retrieved from http://jpi.kuis.edu.my/index.php/jpi/article/view/82
[9] Noorwati Mohd Dawam et. al. (2021). Keberkesanan kaedah pembelajaran dalam talian menggunakan google classroom bagi kursus Pengajian Islam, kajian di Politeknik Sultan Idris Shah dalam Asian Journal of Environment, History and Heritage December 2021, Vol. 5, Issue. 2, p. 111-118 ISSN 2590-4213 e-ISSN 2590-4310
[10] Nurul Aisyah Kamrozzaman, Jamaludin Badusah & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. (2019). Pendekatan heutagogi : keberkesanan m-pembelajaran untuk pendidikan sepanjang hayat dalam Sains humanika 11:3 (2019) 53-61. e-ISSN ISSN: 2289-6996. UTM.
[11] Oriji, Abraham & Anikpo, Fanny. (2019). Social media in teaching-learning process: investigation of the use of whatsapp in teaching and learning in University of Port Harcourt. European Scientific Journal February 2019 edition Vol.15, No.4 ISSN: 1857 – 7881 (Print) e - ISSN 1857- 7431. Doi:10.19044/esj.2019.v15n4p15
[12] Rosmani, Nik Azleena, Salma dan Fathiah, Yusof dan Norihan. (2021). Tahap Kepuasan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Atas Talian dalam Kalangan Pelajar Institut Pendidikan Guru dalam Proceedings 5th International Conference on Teacher Learning and Development ICTLD 2021 /e-ISBN 978-967- (ICTLD) 2021. 03 - 05 August 2021
[13] Rubiah Omar & Jamilah Ahmad. (2009). Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalangan Ahli Akademik dalam Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009): 155 – 172. UKM
[14] Shivangi Dhawan. (2020). Online Learning: A Panacea in the Time of COVID-19 Crisis. Journal of Educational Technology Systems 2020, Vol. 49(1) 5–22.
[15] Siti Azura Abu Hassan. (2021). Keberkesanan pembelajaran dan pengajaran dalam talian (epembelajaran) terhadap pembelajaran pelajar di Kolej Komuniti Hulu Langat. dalam Special Edition ICHSC 2020. Vol 2 : Issue 10, March 2021.