ADAPTASI DAN KESAN PEMBELAJARAN NORMA BAHARU (e-LEARNING) SELEPAS PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DALAM TALIAN (PdPDT) DALAM KALANGAN PELAJAR JABATAN PERDAGANGAN POLISAS

Main Article Content

Hazman Bin Mat
Mohd Iqbal Al-Baqri Bin Shaharuddin
Wan Syukri bin Wan Abd Wahab

Abstract

Kajian diskriptif lanjutan ini bertujuan untuk meninjau adaptasi dan kesan pembelajaran
norma baharu (e-learning) selepas pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran dalam talian
(PdPDT) dalam kalangan pelajar Jabatan Perdagangan POLISAS. Adaptasi soalselidik tahap
pengetahuan, tahap kesediaan, tahap motivasi, tahap ICT dan keberkesanan e-learning dalam
kalangan 347 orang pelajar semester 1 hingga semester 6 yang mengambil pelbagai kursus di
POLISAS telah dijalankan. Instrumen kajian ini diubahsuai daripada kajian Hazman Mat,
Hafidz Haidzir dan Muhammad Yusof Amri (2020) dan Noraffandy Yahaya dan Ling (2011).
Manakala, analisis menggunakan perisian SPSS digunakan untuk menganalisis kelima-lima
aspek dalam kajian ini. Didapati, tahap kebolehpercayaan bagi empat pembolehubah dikaji
adalah sangat tinggi iaitu 0.913 (Pengetahuan), 0.962 (Kesediaan), 0.965 (Motivasi), dan 0.938
(Keberkesanan) manakala satu pembolehubah menunjukkan tahap kebolehpercayaan yang baik
iaitu 0.796 (Tahap ICT). Statistik diskriptif digunakan dengan membandingkan min hasil kajian.
Didapati, tahap min adalah tinggi dalam semua pembolehubah dikaji iaitu Pengetahuan (4.07),
Kesediaan (3.92), Motivasi (3.81),ICT (3.82) dan Keberkesanan e-Learning (3.99). Kajian ini
memberi gambaran yang jelas bahawa adaptasi pembelajaran norma baharu PdPDT (elearning) di POLISAS adalah pada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan, pelaksanaan
pembelajaran norma baharu PdPDT (e-learning) di POLISAS memuaskan dan berkesan
membantu pelajar dalam memastikan pencapaian objektif pembelajaran tercpai berbanding
pada awal pelaksanaanya pada tahun 2020. Namun, beberapa cadangan diutarakan untuk
memastikan kesan PdPDT sentiasa ditingkatkan terutamanya jika PdPDT masih diteruskan
pada masa-masa yang akan datang.

Article Details

How to Cite
Bin Mat, H., Bin Shaharuddin, M. I. A.-B., & bin Wan Abd Wahab, W. S. (2022). ADAPTASI DAN KESAN PEMBELAJARAN NORMA BAHARU (e-LEARNING) SELEPAS PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DALAM TALIAN (PdPDT) DALAM KALANGAN PELAJAR JABATAN PERDAGANGAN POLISAS. INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION, 48-55. Retrieved from https://ejurnal.unespadang.ac.id/index.php/ICGE/article/view/86
Section
EDUCATIONAL TRANSFORMATION (ICGE IX)

References

[1] Abdul Rahim Hamdan & Hayazi Mohd Yasin. (2008). Penggunaan Alat Bantu
Mengajar (ABM) Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik
Daerah Johor Bahru, Johor. Universiti Teknologi Malaysia.
[2] Blanchhard, E. & Frasso, c.. (2004). An Autonomy-Oriented System Design for
Enhancement of Learner’s Motivation in e-learning. Computer Scince Department,
University of Montreal, Canada. Springer-Verlag Berlin Heidberg.
[3] CIDOS (Curiculum Information and Document Online System) e-Learning Portal
http://cidos.edu.my/
[4] Hazman Mat, Mohammed Yusoff Amri & Muhammad Hafidz Haidzir (2020).
Adaptasi Pembelajaran Norma Baharu (e-Learning) Di Kalangan Pelajar Jabatan
Perdagangan Polisas 2020, Satu Tinjauan. (Thesis Tidak Diterbitkan)
[5] Kajian Tinjauan Tahap Kesediaan Pensyarah Politeknik & Kolej Komuniti Terhadap
Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Talian (2020), from ppict@mohe.gov.my.
(http://www.psas.edu.my/v3/index.php/ms/lain-lain/lain-lain2/koleksi-arkib-2/486-
kajian-tinjauan-tahap-kesediaan-pensyarah-politeknik-dan-kolej-komuniti-terhadappengajaran-pembelajaran-dalam-talian)
[6] Mohd Fazli S., 2002 Sosialisasi Kewangan di Kalangan Pelajar, MAJCAFE vol 2.
http://www.majcafe.com/wp-content/uploads/2018/04/ARTIKEL-3-2002.pdf
[7] Mohd Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan, Dewan Bahasa dan
Pustaka.
[8] Mohd Najib Abd Ghafar. 1999. Penyelidikan Pendidikan. Skudai, Johor: Penerbit
Universiti Teknologi Malaysia.
[9] Noraffandy Yahaya, & Ling, N.N. (2011). Kesediaan Penggunaan E-Learning Di
Kalangan Pelajar Tahun Kedua Kursus Sarjana Muda Sains, Komputer Serta
Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia - Satu Tinjauan.
Jurnal of Educational Social Science, 1(1999), 121–140.
[10] Nunnally, J. C., & Bernstein, I. H. (1994). Psychometric theory (3rd ed.). New York,
NY: McGraw-Hill, Inc.
[11] Nur Afifah Shaharudin (2017) Tahap Interaksi E-Pembelajaran CIDOS Bagi
Kurikulum Baharu Pendidikan Islam (Level of CIDOS E-Learning Interactions for
New Curriculum Islamic Education)
https://www.researchgate.net/publication/340574373
[12] O’Regan, K. (2003). Emotion and Learnning, JALN Volume 7, Issue 3 — September
2003, https://digital.library.adelaide.edu.au/dspace/handle/2440/45646.
[13] Tyler, R. W. (1949). Basic principles of curriculum and instruction. Chicago:
University of Chicago Press.