PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR) DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEMASA PANDEMIK COVID-19

Main Article Content

Syafnie Syahirah Binti Rosli
Nor Azwahanum Binti Nor Shaid

Abstract

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) merupakan satu kaedah pendidikan
norma baru apabila dunia dilanda dengan pandemik COVID-19. Oleh itu, kajian ini dijalankan
bagi mengenalpasti kesediaan guru dalam pelaksanaan PdPR Bahasa Melayu sepanjang tempoh
pandemik COVID-19. Selain itu, kajian ini juga adalah bagi meneneroka teknik yang
digunakan oleh guru dalam pelaksanaan PdPR Bahasa Melayu sepanjang tempoh pandemik
COVID-19 sama ada secara dalam talian atau luar talian memandangkan teknik PdPR secara
off-site tidak dijalankan dalam tempoh pandemik. Cabaran bagi guru dalam pelaksanaan PdPR
Bahasa Melayu sepanjang tempoh pandemik COVID-19 turut diteroka dalam kajian ini. Kajian
ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif yang melibatkan 10 orang guru Bahasa Melayu
dari tujuh buah sekolah rendah di daerah Tangkak, Johor. Guru perlulah mempunyai tahap
kesediaan yang tinggi dalam pelaksanaan PdPR. Selain itu, guru juga perlulah kreatif dalam
memilih teknik yang sesuai yang akan diterapkan dalam PdPR Bahasa Melayu sama secara
offline atau online. Cabaran yang dihadapi sepanjang PdPR Bahasa Melayu adalah dari
pelbagai sudut dan lebih utamanya adalah kekangan yang melibatkan internet dan peranti.
Walaupun PdPR merupakan satu kaedah yang baru dipraktikkan di Malaysia, Kementerian
Pelajaran Malaysia sentiasa memberikan bantuan dan panduan buat guru dan pelajar.

Article Details

How to Cite
Syahirah Binti Rosli, S., & Binti Nor Shaid, N. A. (2022). PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR) DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEMASA PANDEMIK COVID-19. INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION, 30-39. Retrieved from https://ejurnal.unespadang.ac.id/index.php/ICGE/article/view/85
Section
EDUCATIONAL TRANSFORMATION (ICGE IX)

References

[1] Ajda Nuha. 2021. Pendidikan yang hilang dari pandangan akibat Covid-19. Diakses
pada 22 Januari 2021. Diperolehi dari https://malaysiadateline .com/pendidikan-yanghilang -dari-pandangan- akibat-covid-19/.
[2] Bouhnik, D., & Deshen, M. 2014. Whatsapp goes to school: mobile instant messaging
between teachers and students. Journal of Information Technology Education:
Research, 13, 217-231.
[3] Deepika Nambiar. 2020. The impact of online learning during Covid-19: students’ and
teachers’ perspective. The International Journal of Indian Psychology, 8(2): 783- 793
[4] Irfan Fauzi & Iman Hermawan Sastra Khusuma. (2020). Teachers’ elementary school
in online learning of covid-19 pandemic conditions. Jurnal Iqra': Kajian Ilmu
Pendidikan, 5(1), pp.58-70.
[5] Kerr, J. 2007. Watershed management: lessons from common property theory.
International Journal of the Commons, 1(1), 89–110
[6] Kop, R. & Hill, A. 2008. Connectivism: learning theory of the future or vestige of the
past? the international review of research in open and distributed learning, 9(3).
Athabasca University Press.
[7] Lapada Aris Alea, Miguel Frosyl Fabrea, Robledo Dave Arthur Roldan & Alam Zeba
Farooqi. (2020). Teachers’ covid-19 awareness, distance learning education
experiences and perceptions towards institutional readiness and challenges.
International Journal of Learning, Teaching and Educational Research, 19(6),
pp.127-144.
[8] Li, M., An, Z., & Ren, M. 2020. Student-centred webcast+ home-based learning
model and investigation during the covid-19 epidemic. Inteligencia Artificial, 51-65.
[9] Malaysia kini. 2021. Ulasan pdpr: mana muridnya? 25 Jun 2021. Akhbar online.
Capaian dari https://www.malaysiakini.com/news/580428
[10] Mohammad Ziaul Hoq, (2020). E-learning during the period of pandemic (Covid-19)
in the kingdom of Saudi Arabia: an empirical study. American Journal of Educational
Research, 8(7), pp.457-464.
[11] Moore, M. G. 1983. The individual adult learner. in m. tight (ed.), adult learning and
education (pp. 153–168). London: Croom Helm
[12] Nur Hazirah Hairia’an dan Masayu Dzainudin. 2020. Pengajaran dan pemudahcaraan
dalam talian semasa perintah kawalan pergerakan. Jurnal Pendidikan Awal Kanakkanak Kebangsaan, Vol. 9, 2020 (18-28)
[13] Radzi Jidin, 2020. Teks ucapan sidang media pembukaan semula sekolah bagi murid
bukan kelas peperiksaan awam; 1 Julai 2020.
[14] Ramakanta Mohalik & Sonali Suparna Sahoo, 2020. E-readiness and perception of
student teachers’ towards online learning in the midst of covid-19 pandemic.
[15] Rasmitadila, Rusi Rusmiati Aliyyah, Reza Rachmadtullah, Achmad Samsudin,
Ernawulan Syaodih, Muhammad Nurtanto & Anna Riana Suryanti Tambunan. (2020).
The perceptions of primary school teachers of online learning during the covid-19
pandemic period: a case study in Indonesia. Journal of Ethnic and Cultural
Studies, 7(2), pp.90-109.
[16] Shirley Anne. S. Paul. A. S., Hart, P., Augustin, L., Clarke, P. J., & Pike, M. 2020.
Parents’ perspectives on home-based character education activities. Journal of Family
Studies, 1-23.
[17] Siemens, G. 2005. Connectivism: a learning theory for the digital age. International
Journal of Instructional Technology & Distance Learning, 2, 3-10.
[18] Siti Balqis Mahlan dan Muniroh Hamat. 2020. Pengajaran dan pembelajaran dalam
talian semasa perintah kawalan pergerakan. 14-22
[19] Siti Nurbaizura & Nurfaradilla. 2020. Pandangan guru terhadap pembelajaran dalam
talian melalui pendekatan Home Based Learning (HBL) semasa tempoh pandemik
Covid-19. PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature, 11: 46-
57.