KEBERKESANAN PEMBELAJARAN NORMA BAHARU (E-LEARNING) DALAM KALANGAN PELAJAR POLISAS SELEPAS PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DALAM TALIAN (PdPDT)

Main Article Content

Hazman Bin Mat
Mohd Iqbal Al-Baqri Bin Shaharuddin
Wan Syukri Bin Wan Abd Wahab

Abstract

Kajian diskriptif ini bertujuan untuk meninjau keberkesanan pembelajaran norma baharu
(e-learning) di kalangan pelajar POLISAS. Soal selidik tertumpu kepada pengetahuan,
kesediaan, motivasi, ICT dan keberkesanan e-learning dalam kalangan pelajar POLISAS.
Instrumen kajian ini diubahsuai daripada kajian Hazman Mat, Hafidz Haidzir dan Muhammad
Yusof Amri (2020) dan Noraffandy Yahaya dan Ling (2011). Manakala, analisis menggunakan
perisian SPSS untuk menganalisis kelima-lima aspek dalam kajian ini. Didapati, tahap
kebolehpercayaan bagi empat pembolehubah dikaji adalah sangat tinggi (Najib, 1999) iaitu
0.897 (Pengetahuan), 0.960 (Kesediaan), 0.946 (Motivasi) dan 0.937 (Keberkesanan) manakala
satu pembolehubah adalah baik iaitu 0.796 (ICT). Statistik diskriptif digunakan dengan
membandingkan min hasil kajian mengikut jabatan. Didapati, tahap min adalah tinggi dalam
semua pembolehubah dikaji iaitu Pengetahuan (4.06), Kesediaan (3.95), Motivasi (3.78), ICT
(3.82) dan Keberkesanan E-Learning (4.00). Kajian ini memberi gambaran yang jelas bahawa
keberkesanan pembelajaran norma baharu PdPDT (e-learning) di POLISAS adalah pada tahap
yang tinggi. Ini menunjukkan, pelaksanaan pembelajaran norma baharu PdPDT (e-learning) di
POLISAS memuaskan dan berkesan membantu pelajar dalam memastikan pencapaian objektif
pembelajaran tercapai. Namun, beberapa cadangan juga diutarakan untuk memastikan kesan
PdPDT sentiasa ditingkatkan terutamanya jika PdPDT masih diteruskan pada masa-masa akan
datang.

Article Details

How to Cite
Bin Mat, H., Bin Shaharuddin, M. I. A.-B., & Bin Wan Abd Wahab, W. S. (2022). KEBERKESANAN PEMBELAJARAN NORMA BAHARU (E-LEARNING) DALAM KALANGAN PELAJAR POLISAS SELEPAS PELAKSANAAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DALAM TALIAN (PdPDT). INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION, 9-16. Retrieved from https://ejurnal.unespadang.ac.id/index.php/ICGE/article/view/83
Section
EDUCATIONAL TRANSFORMATION (ICGE IX)

References

[1] CIDOS (Curiculum Information and Document Online System) e-Learning Portal
http://cidos.edu.my/
[2] Blanchhard, E. & Frasson, C., (2004). An Autonomy-Oriented System Design for
Enhancement of Learner’s Motivation in e-learning. Computer Scince Department,
University of Montreal, Canada. Springer-Verlag Berlin Heidberg.
[3] Hazman Mat, Mohammed Yusoff Amri & Muhammad Hafidz Haidzir (2020).
Adaptasi Pembelajaran Norma Baharu (E-Learning) Di Kalangan Pelajar Jabatan
Perdagangan Polisas 2020, Satu Tinjauan. (Tesis: Tidak Diterbitkan)
[4] Kajian Tinjauan Tahap Kesediaan Pensyarah Politeknik & Kolej Komuniti Terhadap
Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Talian (2020), from ppict@mohe.gov.my.
(http://www.psas.edu.my/v3/index.php/ms/lain-lain/lain-lain2/koleksi-arkib-2/486-
kajian-tinjauan-tahap-kesediaan-pensyarah-politeknik-dan-kolej-komuniti-terhadap
pengajaran-pembelajaran-dalam-talian)
[5] O’Regan, K., (2003). Emotion and Learnning, JALN Volume 7, Issue 3 — September
2003, https://digital.library.adelaide.edu.au/dspace/handle/2440/45646.
[6] Mohd Najib Abd Ghafar. 1999. Penyelidikan Pendidikan. Skudai, Universiti
Teknologi Malaysia.
[7] Mohd Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
[8] Mohd Fazli S., 2002 Sosialisasi Kewangan di Kalangan Pelajar, MAJCAFE vol 2.
http://www.majcafe.com/wp-content/uploads/2018/04/ARTIKEL-3-2002.pdf
[9] Noraffandy Yahaya, & Ling Ning Ning. (2011). Kesediaan Penggunaan E-Learning
Di Kalangan Pelajar Tahun Kedua Kursus Sarjana Muda Sains, Komputer Serta
Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia - Satu Tinjauan.
Jurnal of Educational Social Science, 1(1999), 121–140.
[10] Nunnally, J. C., & Bernstein, I. H. (1994). Psychometric theory (3rd ed.). New York,
NY: McGraw-Hill, Inc.
[11] Nur Afifah Shaharudin (2017) Tahap Interaksi E-Pembelajaran CIDOS Bagi
Kurikulum Baharu Pendidikan Islam (Level of CIDOS E-Learning Interactions for
New Curriculum Islamic Education)
https://www.researchgate.net/publication/340574373
[12] Tyler, R. W. (1949). Basic principles of curriculum and instruction. Chicago:
University of Chicago Press.
[13] Mikre, F. (2011). Basic principles of curriculum and instruction. Review Article with
Emphasis to the Computer and Internet.
[14] Koscianski, A., Ribeiro, R. J. & da Silva, S. C. R. (2012). Short Animation Movies as
Advance Organizers in Physics Teaching: a Preliminary Study. Research in Science &
Technological Education. 30 (3), 255–269.