KAJIAN PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR DIPLOMA SISTEM MAKLUMAT PERNIAGAAN(DBS) POLISAS

Main Article Content

Dahlia Lokeman
Nor Rizan Mohamad Idris
Akmalruljehan Samiun

Abstract

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kini semakin pesat di
Malaysia. Sektor pendidikan turut mengalami fenomena baru terutama dalam proses
pembelajaran dan pengajaran seiring dengan perubahan kemajuan teknologi. Politeknik turut
bersama alami perubahan dalam melaksanakan e-pembelajaran sebagai medium interaksi
pelajar dan pensyarah, berkongsi kandungan digital secara berpusat yang membolehkan
pembelajaran berlaku tanpa mengira tempat, jarak, usia dan masa. Maka kajian ini dijalankan
dengan tujuan untuk melihat tahap penerimaan pelajar Diploma Sistem Maklumat Perniagaan
(DBS), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) Kuantan terhadap perlaksanaan epembelajaran, keberkesanan penyampaian dan kesediaan pelajar dalam penggunaan epembelajaran. Kajian yang dijalankan telah dianalisis menggunakan perisian SPSS melalui
analisis deskriptif dan min bagi melihat tahap kesediaan pelajar dalam perlaksanaan epembelajaran. Seramai 142 responden telah terlibat dalam pengajian yang dipilih secara
rawak berstrata. Tahap kebolehpercayaan bagi ketiga-tiga pembolehubah dikaji adalah tinggi
iaitu 0.841(Penerimaan), 0.780 (Keberkesanan) dan 0.860 (Medium). Tahap min yang
diperolehi adalah tinggi dalam semua pembolehubah dikaji iaitu penerimaan (4.11),
keberkesanan (4.15) dan medium (4.25). Kajian ini memberi gambaran yang jelas bahawa
adaptasi e-pembelajaran di POLISAS, khususnya pelajar DBS adalah pada tahap yang tinggi.
Analisis statistik menunjukkan bahawa pelajar menerima penggunaan e-pembelajaran dan
keberkesanan kaedah penyampaian e-pembelajaran sebagai bahan pembelajaran terhadap
pelajar serta betapa pentingnya platform sebagai medium di antara pelajar dan pensyarah
untuk memperolehi maklumat tentang kursus. Kesimpulan, amalan kaedah e-pembelajaran
boleh dipertingkatkan dan diperluaskan penggunaannya sekiranya ianya memberi faedah
kepada pelajar.

Article Details

How to Cite
Lokeman, D., Mohamad Idris, N. R., & Samiun, A. (2022). KAJIAN PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR DIPLOMA SISTEM MAKLUMAT PERNIAGAAN(DBS) POLISAS. INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION, 1-8. Retrieved from https://ejurnal.unespadang.ac.id/index.php/ICGE/article/view/82
Section
EDUCATIONAL TRANSFORMATION (ICGE IX)

References

[1] Agatha F. Umbit dan Muhamad Suhaimi Taat (2016). Faktor-Faktor yang
Mempengaruhi Penerimaan E-Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar di Institut.
[2] Ally, M. (2008). Foundations of Educational Theory for Online Learning: Theory and
Practice of Online Learning.
[3] Ansary Ahmed, Yusup Hashim, Arafeh Karimi, Nazirah Mat Sin, 2015. Dasar EPembelajaran Negara (DePan) Untuk Institusi Pengajian Tinggi.
[4] Aydin, C. H., & Tasci, D. (2005). Measuring readiness for e-learning: Reflections
from an emerging country. Educational Technology and Society, 8(4), 244–257.
[5] Borotis, S., & Poulymenakou, A. (2004). E-Learning Readiness Components: Key
Issues to Consider Before Adopting e-Learning Interventions. Proceedings of World
Conference on E-Learning in Corporate, Government, Healthcare, and Higher
Education, 1622– 1629.
[6] Cresswell, J.W. 2008. Educational research, planning, conducting and evaluating:
Quantitative & qualititative research. 3rd Edition. New Jersey: Pearson Merill Prentice
Hall.
[7] Dasar e-Pembelajaran Negara 2.0, 2011 Diterbitkan oleh: Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi.
[8] Dr Julia Wirza Mohd Zawawi, 2021. Sejauh Mana Relevan E-Pembelajaran Di Masa
Hadapan, Retrieved from
https://www.hmetro.com.my/rencana/2021/02/757418/sejauh-mana-relevan-epembelajaran-di-masa-hadapan.
[9] D. Surani and H. Hamidah, “Students Perceptions in Online Class Learning During
the Covid-19 Pandemic”, IJoASER, vol. 3, no. 3, pp. 83-95, Nov. 2020.
[10] Gliem,J.R & Gliem, R.R (2003). Calculating, Interpreting And Reporting Cronbach’s
Alpha Reliability Coefficient For Likert-Type Scale. Colombus: The Ohio State
University.
[11] Hussein, Z. (2017). Leading to Intention: The Role of Attitude in Relation to
Technology Acceptance Model in E-Learning. Procedia Computer Science, 105, 159–
164.
[12] Karasavvidis, I. 2010. Wiki uses in higher education: Exploring barriers to successful
implementation. Interactive Learning Environments 18(3): 219-231.
[13] Krejcie, RV & Morgan. D.W (1970). Determining Sample Size Of Research
Educational & Psychological Measurement: London.
[14] Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Edisi
Pertama.UTM,Skudai.
[15] Muhammad Sukri Saud, Mohd Anuar Abdul Rahman, Ting Kung Shiung, 2020.
Kajian Mengenai Penggunaan E-Pembelajaran (E-learning) di Kalangan Pelajar
Jurusan Pendidikan Teknikal dan Vokasional di IPTA negeri Johor, Fakulti
Pendidikan UTM Sekudai Johor.
[16] Muhini et al. (2010), Membangun Web Portal Berasaskan Moodle Bertajuk
Probability SPM. Dalam talian. http://eprints.ut,.my/10123/Noor
_Hidayah_binti_Alias.pdf.
[17] Pallant, J. (2007). SPSS survival manual. A step by step guide to data analysis using
SPSS. 3rd Edition. Allen & Unwin, Australia.
[18] Prof. Dr Yusup Hshim, 2015. Penggunaan E-Pembelajaran dalam Pengajaran dan
Pembelajaran yang berkesan. Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru (KKPG)
2012. Retrieved from http://www.researchgate.net.
[19] Saunders, M., Lewis, P., & Thornhill, A.(2007). Research Methods for Business
Students (4th ed.). England:Essex:Perason Education Limited.
[20] Vilkonis, R., Bakanoviene, T., & Turskiene, S. (2013). Readiness of adults to learn
using Elearning, M-learning and T-learning technologies. Informatics in Education,
12(2), 181– 190.
[21] Watkins, R., Leigh, D., & Triner, D. (2004). Assessing Readiness for E-Learning.
Performance Improvement Quarterly, 17(4), 66–79