FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Main Article Content

Hariati binti Sumar
Wan Muna Ruzanna binti Wan Mohammad

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi markah penulisan karangan Bahasa Melayu murid sekolah rendah di daerah Klang, Selangor. Kajian yang dijalankan dalam bentuk tinjauan, menggunakan satu set soal selidik sebagai alat instrumen kajian. Kajian ini juga menggunakan analisis deskriptif untuk melihat frekuensi profil demografi dan analisis inferensi menggunakan Ujian Kolerasi dan Regrasi Berganda dalam menjawab objektif kajian dan seterusnya menentukan hipotesis yang ingin dilihat. Seramai 80 orang murid Tahun 6 yang mengambil bahagian sebagai responden. Data dianalisis menggunakan SPSS (Statistical Package for Social Science) versi 26.0. Dapatan kajian Kolerasi menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan pada aras pekali lemah antara markah karangan dengan faktor individu, persekitaran serta pengajaran dan pembelajaran. Manakala dapatan kajian Regrasi Berganda pula menolak hipotesis Ho2 dan melaporkan secara keseluruhan, ketiga-tiga faktor menyumbang sebanyak 19.9% (r = .45) perubahan varian dalam markah karangan [ F (3,76) = 6.29, p < .05 ]. Kesimpulannya, berkaitan dengan cadangan penyelidikan masa akan datang, pengkaji mengharapkan kajian mengenai pemboleh ubah – pemboleh ubah lain yang berkaitan dengan permasalahan serta mengambil kira isu-isu limitasi kajian agar data yang bakal diperoleh mampu menghasilkan dapatan yang lebih signifikan dan menyeluruh.

Article Details

How to Cite
binti Sumar, H., & binti Wan Mohammad, W. M. R. (2022). FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENULISAN KARANGAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH. INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION, 619-626. Retrieved from https://ejurnal.unespadang.ac.id/index.php/ICGE/article/view/146
Section
EDUCATIONAL CREATIVITY (ICGE IX)

References

[1] Abdul Matiin Kassim. 2017. Kesan ‘MOZART’ dan Teknik PCRPP dalam Pembelajaran Penulisan Karangan Naratif.
[2] Avralinetine Epin dan Nurfaradilla Mohamad Nasri. 2021. Modul Celik Karangan: Meningkatkan Kemahiran dan Minat Murid Tahun Enam Dalam Penulisan Karangan Jenis Fakta
[3] Che Zanariah Che Hassan dan Fadzilah Abd Rahman. 2011. Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis di Sekolah Rendah.
[4] Chua Yan Piaw.2013. Kaedah dan Statistik Penyelidikan Buku 3: Asas Statistik Penyelidikan: Analisis Data Skala Likert. Malaysia: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
[5] Dima Mazlina@Siti Aishah Bt. Abu Bakar dan Abdul Rashid B. Jamian. 2016. Pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) untuk Peningkatan Kemahiran Guru Bahasa Melayu Mengajar Penulisan Karangan.
[6] Fauziah Ibrahim, Nazirah Hassan, Mohd Suhaimi, Khadaji Alavi. 2020. Metod kajian kuantitatif. Penulisan Tesis Kajian Kualitatif dan Kuantitatif, pp.85-110. Bangi. Penerbitan UKM.
[7] Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
[8] Nur Endah Ariningsih, Sumarwati dan Kundharu Saddhono. 2012. Analisis Kesalahan Berbahasa Indonesia dalam Karangan Eksposisi Siswa Sekolah Menengah Atas.
[9] Norlizanah Mohamed Nor dan Kasidah Khatoon Kasim Khan Surattee.2019. Penggunaan Rutin Berfikir dalam Penulisan Karangan yang Berkualiti.
[10] Sri Kartika Rahmana, Mesra Adikasuma Metussinb, Suraya Tarasatc, Abu Bakar Madind dan Noradinah Jaidi. 2014. Kesan bahan visual dalam penulisan karangan Bahasa Melayu.
[11] Rohaida Yusop dan Zamri Mahamod. 2015. Keberkesanan Peta Pemikiran (I-Think) dalam Meningkatkan Pencapaian Penulisan Bahasa Melayu Murid Tahun 6.
[12] Vivi Rulviana. 2020. Analisis Kesalahan Penggunaan Huruf Kapital Pada Penulisan
[13] Karangan Narasi Siswa Sekolah Dasar.
[14] Wan Nurzuliana Wan Ahmad. 2019. Amalan Guru dalam Melaksanakan Kemahiran Literasi Bahasa Melayu bagi Program LINUS di Sekolah Rendah.
[15] Zulkifli Osman, Anida Sarudin, Dahlia Janan dan Ani Omar. 2016. Keberkesanan Pendekatan Autentik dalam Meningkatkan Tahap Penulisan Karangan Pelajar.