PENGGUNAAN MODUL BERASASKAN PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH PENGATURCARAAN DALAM KALANGAN PELAJAR ASAS SAINS KOMPUTER

Main Article Content

Siti Zubaidah binti Nor
Fariza binti Khalid

Abstract

Pemikiran komputasional merupakan salah satu kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian merentasi pelbagai disiplin ilmu. Dalam mata pelajaran Asas Sains Komputer, pemikiran komputasional digunakan sebagai alat pemikiran untuk menyelesaikan masalah dalam pengaturcaraan. Objektif kajian ini adalah untuk membangunkan satu modul pemikiran komputasional untuk menyelesaikan masalah pengaturcaraan dan seterusnya menilai keberkesanan modul ini dalam menyelesaikan masalah pengaturcaraan. Modul ini boleh dijadikan panduan umum oleh pelajar dan guru semasa pengajaran dan pembelajaran pengaturcaraan. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tindakan dengan memilih 30 orang responden tingkatan tiga yang mengambil mata pelajaran Asas Sains Komputer dan tujuh orang guru yang mengajar mata yang sama di daerah Jerantut, Pahang. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah temu bual separa berstruktur untuk mendapatkan maklumat tentang keperluan membangunkan modul dan juga keberkesanan modul. Selain itu, analisis dokumen pelaporan yang dihasilkan oleh responden menggunakan rubrik penilaian turut dijalankan untuk melihat kebolehgunaan dan keberkesanan modul. Analisis data dijalankan secara tematik menggunakan perisian Nvivo 12 bagi menghasilkan tema daripada temu bual separa berstruktur. Dapatan kajian menunjukkan modul pemikiran komputasional yang dibangunkan didapati berkesan dalam membantu pelajar meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah dalam pengaturcaraan selain memudahkan guru membimbing pelajar dalam melengkapkan pentaksiran bilik darjah.

Article Details

How to Cite
Zubaidah binti Nor, S., & binti Khalid, F. (2022). PENGGUNAAN MODUL BERASASKAN PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH PENGATURCARAAN DALAM KALANGAN PELAJAR ASAS SAINS KOMPUTER. INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION, 546-553. Retrieved from https://ejurnal.unespadang.ac.id/index.php/ICGE/article/view/138
Section
EDUCATIONAL CREATIVITY (ICGE IX)

References

[1] Anderson, N.D. 2016. A call for computational thinking in undergraduate psychology. Psychology Learning & Teaching. 15(3): 226-234.
[2] Anealka Aziz Hussin. 2018. Education 4.0 Made Simple: Ideas For Teaching. International Journal of Education & Literacy Studies. 6(3): 92-98.
[3] Chan, Y. L. & Kamisah Osman. 2020. Tahap Pemikiran Komputasional dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah. Prosiding e-Kolokium Pendidikan Sains 2021. 33-48.
[4] Csizmadia, A., Curzon, P., Dorling, M., Humphreys, S., Ng, T., Selby, C. And Woollard, J. 2015. Computational thinking - a guide for teachers. UK: Computing at School.
[5] Denning, P. J. 2017. Remaining Trouble Spots with Computational Thinking. Communications of the ACM. 60(6): 33–39.
[6] Denscombe, M. 2010. The Good Research Guide for Small-scale Social Research Projects Fourth Ed. Berkshire: McGraw-Hill Education.
[7] Faridah Hani Mohamed Salleh, Deshinta Arrova Dewi & Nurul Azlin Liyana. 2021. Issues and Challenges for Teaching Successful Programming Courses at National Secondary Schools of Malaysia. Computational Science and Technology, Lecture Notes in Electrical Engineering, vol 724. Singapura: Springer. https://doi.org/10.1007/978-981-33-4069-5_41
[8] Gretter, S. & Yadav, A. 2016. Computational Thinking and Media & Information Literacy: An Integrated Approach to Teaching Twenty-First Century Skills. TechTrends. 60(5): 510–516.
[9] Karimah Mohd Yusoff, Noraidah Sahari @ Ashaari, Tengki Siti Meriam Tengku Wook & Noorazean Mohd Ali. 2020. Analysis on the Requirements of Computational Thinking Skills to Overcome the Difficulties in Learning Programming. (IJACSA) International Journal of Advanced Computer Science and Applications. 11(3): 244-253.
[10] Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Putrajaya.
[11] Kementerian Pendidikan Malaysia. 2016. Buku Teks Asas Sains Komputer Tingkatan Satu. Kuala Lumpur: Penerbit Bahagian Teknologi Pendidikan.
[12] Kementerian Pendidikan Malaysia. 2017. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Asas Sains Komputer Tingkatan 3. Kuala Lumpur: Penerbit Bahagian Teknologi Pendidikan.
[13] Kementerian Pendidikan Malaysia. 2018. Buku Teks Asas Sains Komputer Tingkatan Tiga. Kuala Lumpur: Penerbit Bahagian Teknologi Pendidikan.
[14] Lamprou, A. & Repenning, A. 2018. Teaching How to Teach Computational Thinking. 23rd Annual ACM Conference on Innovation and Technology in Computer Science Education (ITiCSE’18). Hlmn. 6. New York: USA.
[15] Noraini Lapawi & Hazrati Husnin. 2020. Investigating Students' Computational Thinking Skills on Matter Module. (IJACSA) International Journal of Advanced Computer Science and Applications. 11 (11): 310-314.
[16] Norlizawaty Baharin & Kamisah Osman. 2019. Tahap Pemikiran Komputasional dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah di Negeri Selangor. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara (SKEPEN) ke-6. 1432-1448. Bangi, Selangor.
[17] Nurfazliah Muhamad, Jamalludin Harun, Shaharuddin Md. Salleh & Megat Aman Zahiri Megat Zakaria. 2015. Penggunaan game-based learning bagi meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah kreatif dalam matematik. Dalam: 2nd International Education Postgraduate Seminar (IEPS 2015). Johor Bahru, 20-21 Disember.
[18] Roman-Gonzalez, M. , Perez-Gonzalez, J-C. & Jimenez-Fernandez, C. 2017. Which cognitive abilities underlie computational thinking? Criterion validity of the Computational Thinking Test. Computers in Human Behavior. 72: 678-691.
[19] Rosmawati Mansor & Siti Fatimah Mohd Yassin. 2019. Analisis Keperluan Modul Pengintegrasian Pemikiran Komputasional Dalam Pembelajaran Pengaturcaraan. Proceedings of the International Conference of Future Education and Advances, 549-556. Miri, Sarawak.
[20] Samri Chongo, Kamisah Osman & Nazrul Anuar Nayan. 2020. Level of Computational Thinking Skills among Secondary Science Student: Variation across Gender and Mathematics Achievement. Science Education International. 31(2): 159-163.
[21] Shanmugam, L., Siti Fatimah Yassin & Fariza Khalid (2019). Enchancing Students' Motivation to Learn Computational Thinking through Mobile Application Development Module (M-CT). International Journal of Engineering and Advanced Technology (IJEAT). Vol. 8(5): 1293-1303.
[22] Swaid, S. I. 2021. Bringing computational thinking to STEM education. 6th International Conference on Applied Human Factors and Ergonomics (AHFE 2015) and the Affiliated Conferences, AHFE 2015. 3657 – 3662.
[23] Sykora, C. 2021. Computational Thinking for All - Computational Thinking in K–12 Education teacher resources second edition. https://cdn.iste.org/www-root/2020-10/ISTE_CT_Teacher_Resources_2ed.pdf [23 April 2021].
[24] Weintrop, D., Beheshti, E., Horn, M., Orton, K., Jona, K., Trouille, L. & Wilensky, U. 2016. Defining Computational Thinking for Mathematics and Science Classrooms. J Sci Educ Technol, 25, 127–147.
[25] Wing, J. M. 2017. Computational thinking’s influence on research and education for all. Italian Journal of Educational Technology, 25(2), 7-14.