PENGGUNAAN BAHAN AUGMENTED REALITY DALAM MENINGKATKAN TAHAP PEMAHAMAN PELAJAR BAGI SUBJEK REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Main Article Content

Norafizah Binti Samawi
Fariza Khalid

Abstract

Kajian tindakan ini dijalankan untuk melihat keberkesanan penggunaan bahan berasaskan Augmented Reality dalam meningkatkan tahap pemahaman pelajar Tahun 6 di salah sebuah sekolah rendah dalam matapelajaran Reka Bentuk dan Teknologi. Selaras dengan tujuan kajian, bahan Augmented Reality Modul Reka Bentuk Teknologi Tahun 6 telah digunakan sebagai media pengajaran untuk pengajaran dan pembelajaran. Responden kajian terdiri daripada 20 orang pelajar. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang melibatkan soal selidik dan ujian pra dan pasca sebagai instrumen kajian. Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 26. Keputusan analisis menunjukkan terdapat peningkatan min markah pelajar antara ujian pra dan ujian pasca. Ini menunjukkan bahawa mempelajari topik Reka Bentuk dan Teknologi menggunakan video Augmented Reality secara signifikannya memberi kesan positif terhadap pencapaian pelajar. Selain itu, min persepsi pelajar terhadap kebolehgunaan penggunaan video Augmented Reality dalam sesi Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) adalah tinggi iaitu M= 4.245 (SD=0.571). Hasil kajian memberikan gambaran tentang tahap pemahaman pelajar sebelum dan selepas penggunaan video Augmented Reality sebagai media pembelajaran. Kesimpulannya, kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan video Augmented Reality ini dapat meningkatkan pencapaian dan kefahaman pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk dan Teknologi.

Article Details

How to Cite
Binti Samawi, N., & Khalid, F. (2022). PENGGUNAAN BAHAN AUGMENTED REALITY DALAM MENINGKATKAN TAHAP PEMAHAMAN PELAJAR BAGI SUBJEK REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI. INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION, 538-545. Retrieved from https://ejurnal.unespadang.ac.id/index.php/ICGE/article/view/137
Section
EDUCATIONAL CREATIVITY (ICGE IX)

References

[1] Azizi Ahmad. 2016. Pentaksiran Pembelajaran. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
[2] Bistaman, I. N. M., Idrus, S. Z. S., & Rashid, S. A. 2018. The use of augmented reality technology for primary school education in Perlis, Malaysia. Journal of Physics: Conference Series 1019(1).
[3] Chang, S.C., & Gwo J.H. (2018). Impacts of an Augmented Reality-Based Flipped Learning Guiding Approach on Students’ Scientific Project Performance and Perceptions. Computers and Education, 125, 226–39.
[4] Chiang, T. H. C., Yang, S. J., & Hwang, G. J. (2014). An Augmented Reality-Based Mobile Learning System to Improve Students’ Learning Achievements and Motivations in Natural Science Inquiry Activities. Educational Technology & Society, 17, 352-365.
[5] Daud, R., Abd Raman, N., & Ab. Jalil, Z. (2020). Penggunaan Augmented Reality Video Di Dalam Pendidikan Tvet. International Journal Of Education And Pedagogy, 2(1), 253-263.
[6] Hundleby, J.D. & Nunnally, J. (1994). McGraw Hill Psychometric Theory 3E. 3rd Edition. New York: Mc Graw Hill.
[7] Isa, N. S., & Mohd Imam Ma’arof, N. N. (2018). Keberkesanan Penggunaan Grafik Berkomputer Sebagai Alat Bahan Bantu Mengajar Dalam Kalangan Pelajar Reka Bentuk Dan Teknologi. Sains Humanika, 10(3-3). https://doi.org/10.11113/sh.v10n3-3.1519
[8] Norhayati Che Hat, Shaferul Hafes Sha'ari, & Mohd Fauzi Abdul Hamid. (2014). Implementasi Animasi Dalam Pegajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab. Proseding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014, 1–12.
[9] Sampaio, D. & Almeida, P. 2018. Students’ Motivation, Concentration and Learning Skills Using Augmented Reality. Proceeding of 4th International Conference on Higher Education Advances (HEAd’18), 1559–66.
[10] Silva, Manoela & Roberto, Rafael & Teichrieb, Veronica. (2015). Evaluation of Augmented Reality Technology in the English Language Field. 577. 10.5753/cbie.sbie.2015.577.
[11] Sung, Yao-Ting & Chang, Kuo & Liu, Tzu-Chien. (2015). The Effects of Integrating Mobile Devices with Teaching and Learning on Students’ Learning Performance: A Meta-Analysis and Research Synthesis. Computers & Education. 94. 10.1016/j.compedu.2015.11.008.
[12] Sural, Irfan & Prof, Asst. (2018). Augmented Reality Experience: Initial Perceptions of Higher Education Students. International Journal of Instruction. 11. 565-576. 10.12973/iji.2018.11435a.
[13] Wang, Minjuan, et al. 2018. “Augmented Reality in Education and Training: Pedagogical Approaches and Illustrative Case Studies.” Journal of Ambient Intelligence and Humanized Computing, vol. 9, 2018.
[14] Widiaty, L.S. Riza, A.G. Abdullah. 2017. A preliminary study on augmented reality for learning local wisdom of Indonesian batik in vocational schools. International Conference on Innovation in Engineering and Vocational Education (2017), pp. 32-35.