KEBERKESANAN KAEDAH SOKRATIK TERHADAP PENCAPAIAN MATA PELAJARAN SEJARAH MURID TINGKATAN 1 DI SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU

Main Article Content

Uzairin Izzaty Zaini Binti Mohd Zain
Anuar Bin Ahmad

Abstract

Kaedah sokratik merupakan salah satu kaedah pengajaran sejarah yang dianggap mampu meningkatkan minat murid dalam mata pelajaran sejarah sekali gus mampu meningkatkan pencapaian dan prestasi akademik pelajar dalam mata pelajaran sejarah. Kajian berkaitan kaedah sokratik dalam mata pelajaran sejarah di negara kita masih terhad dan kurang mendapat perhatian oleh para pengkaji. Oleh itu, kajian ini dijalankan terhadap murid tingkatan 1 di SMK Sultan Ismail, Johor Bahru untuk mengenalpasti keberkesanan kaedah sokratik terhadap pencapaian mata pelajaran sejarah. Kajian ini berbentuk kajian kuantitatif iaitu dengan menjalankan kuasi eksperimen sepenuhnya yang melibatkan murid tingkatan 1 daripada dua kumpulan. Sample kajian ini melibatkan murid tingkatan 1 seramai 50 orang iaitu 19 orang murid perempuan dan 31 orang murid lelaki. Sampel kajian ini dibahagikan kepada dua kumpulan secara sama rata iaitu kumpulan rawatan yang melaksanakan kaedah sokratik dalam pengajaran dan pembelajaran subjek sejarah dan kumpulan kawalan yang menjalankan kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional dalam subjek sejarah. Kajian ini melibatkan ujian pra dan pas bagi mengenalpasti keberkesanan kaedah sokratik terhadap pencapaian mata pelajaran sejarah bagi murid tingkatan 1 di SMK Sultan Ismail, Johor Bahru.

Article Details

How to Cite
Zaini Binti Mohd Zain, U. I., & Bin Ahmad, A. (2022). KEBERKESANAN KAEDAH SOKRATIK TERHADAP PENCAPAIAN MATA PELAJARAN SEJARAH MURID TINGKATAN 1 DI SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU. INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION, 530-537. Retrieved from https://ejurnal.unespadang.ac.id/index.php/ICGE/article/view/136
Section
EDUCATIONAL CREATIVITY (ICGE IX)

References

[1] Anuar Ahmad, and Siti Haishah Abd Rahman, and Nur Atiqah T. Abdullah. 2009. Tahap keupayaan pengajaran guru sejarah dan hubungannya dengan pencapaian murid di sekolah berprestasi rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34 (1). pp. 53-66. ISSN 0126-6020 / 2180-0782
[2] Anuar Ahmad, Nelson Jinggan. 2015. Pengaruh Kompetensi Kemahiran Guru Dalam Pengajaran Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar dalam Mata Pelajaran Sejarah. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. April 2015, Bil. 3 Isu 2.
[3] Barton & Levstik. 2004. Teaching History for the Common Good. Lawrence Erlbaum Associates. ISBN: 0805839305
[4] Knezic, D., Wubbels, T., Elbers, E., & Hajer, M. 2010. The Socratic Dialogue and teacher education. Teaching and Teacher Education, 26(4), 1104–1111. http://doi.org/10.1016/j.tate.2009.11.006
[5] Majid, K. M. 1990. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka
[6] Muhammad Fauzan Mohd Dahlan, Hafizhah Zulkifli. 2020. Kefahaman Dan Kemahiran Guru Pendidikan Islam Terhadap Kaedah Sokratik. Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs (Volume 4, No. 1, 2020, Pages 42 to 55)
[7] Nur Fatah Abidin, Hermanu Joebagio, Sariyatun Sariyatun. 2017. Penilaian Pembelajaran Sejarah Konstruktivistik: Pendekatan Critical Discourse Analysis. Yupa: Historical Studies Journal, 1 (1), 2017: 15-25ISSN: 2541-6960
[8] Salihuddin Bin Md Suhadi. 2017. Pembangunan Dan Keberkesanan Persekitaran E-pembelajaran Kaedah Sokratik, http://eprints.utm.my/id/eprint/79503/
[9] Salihuddin Md. Suhadi, Baharuddin Aris, Hasnah Mohammed, Norasykin Mohd. Zaid dan Zaleha Abdullah. 2014. Penguasaan Pelajar Dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dengan Pembelajaran Kaedah Sokratik. Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik 2014, 11-13 Ogos 2014.