PENERAPAN EMPATI DALAM PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN MATA PELAJARAN SEJARAH

Main Article Content

Hanita Ladjaharun
Mohd. Mahzan Awang
Asmahani Muhthar

Abstract

Empati adalah elemen yang akan melibatkan murid untuk memahami peristiwa sejarah dengan meletakkan diri dalam ruang masa yang sebenar atau membuat imaginasi berkaitan peristiwa sejarah. Melalui kajian terdahulu, didapati empati sejarah untuk subjek sejarah adalah rendah dan dapat disimpulkan bahawa pemahaman dan imaginasi pengetahuan kandungan sejarah memainkan peranan utama dalam tahap pencapaian empati sejarah yang tinggi. Oleh itu, kertas konsep ini akan membincangkan maksud dan kepentingan empati dalam pembelajaran sejarah. Turut diketengahkan cabaran dan langkah mengukuhkan elemen empati di bilik darjah. Berikutnya, turut dicadangan aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan yang membolehkan murid memahami dan imaginasi seterusnya empati sejarah. Perbincangan ini penting bagi mendorong guru sejarah meneliti semula amalan di bilik darjah dan membuat penambahbaikan berdasarkan cadangan-cadangan diberikan. Cadangan ini juga penting bagi pihak Bahagian Pendidikan Guru (BPG) untuk meneliti cadangan pembelajaran dan pemudahcaraan yang boleh dijadikan modul latihan guru atau pembangunan kopetensi guru. BPG wajar mengkaji semula peruntukan masa sejarah yang diperuntukan 64 jam setahun memandangkan topik sejarah yang luas, wajib melaksanakan Kajian Kes dan wajib lulus peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Tuntasnya, empati sejarah perlu disokong dengan amalan pedagogi berkesan oleh guru.

Article Details

How to Cite
Ladjaharun, H., Mahzan Awang, M., & Muhthar, A. (2022). PENERAPAN EMPATI DALAM PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN MATA PELAJARAN SEJARAH. INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION, 508-521. Retrieved from https://ejurnal.unespadang.ac.id/index.php/ICGE/article/view/134
Section
EDUCATIONAL CREATIVITY (ICGE IX)

References

[1] Abdul Razak Ahmad & Mohd. Mahzan Awang. 2017. Pengetahuan Guru Sejarah Dalam Pelaksanaan Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi, Selangor, Malaysia: 153-161.
[2] Aktin, K. 2019. Historical Imagination Skills of Preschool Children as Reflected Their Clay Works. International Online Journal of Educational Sciences, 11 (3): 87-104.
[3] Alizah Lambiri & Zamri Mahamood. 2019. Penggunaan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Menggunakan Pendekatan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar. 4 (33). International Journal of Education, Psychology and Counseling: 78-94.
[4] Anin Lailatul Qodariyah & Martin Rizaldi. 2021. Analisis Buku Teks Sejarah Bagi Siswa SMK Kelas XI. Heuristik: Jurnal Pendidikan Sejarah, 1(1): 1-7.
[5] Ariegusrini Bte Agus Mohamad Johdi Bin Salleh. 2009. Kreativiti Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah International Islamic University Malaysia (IIUM) in Abdul Razaq and Isjoni Transformasi Pengajaran dan Pembalajaran Sejarah. Penerbitan Bersama: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi; dan, FKIP, Universitas Riau, Pekan Baru Indonesia:183 – 196.
[6] Hanita Ladjaharun. 2021. Muridku Youtuber: Melibatkan Murid 5 Sains Dalam Penghasilan Video Pembelajaran Bagi Meningkatkan Pencapaian dalam mata pelajaran Sejarah SPM. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan Peringkat Kebangsaan (SpeK21):358-368.
[7] Hanita Ladjaharun. 2020. Meningkatkan penguasaan murid 5KEM1 bagi topik Perjuangan Tokoh-Tokoh Pemimpin Tempatan melalui permainan TRUE MATCH. Proceedings for the 5th International Conference on Education, Islamic Studies and Social Sciences Research. Kedah Darul Aman: Penerbitan RCS Global Sincere Resources: 547-557.
[8] Hanita Ladjaharun, Suzanah Ahmad, Chin Sui Yin & Osman Muamat. 2019. Aplikasi LENG-AT bagi membolehkan pelajar tahap lemah terlibat secara aktif dan efektif dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Prosiding Seminar Kebangsaan School Action Based. Kota Kinabalu: Penerbitan Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya: 39-46.
[9] Kementerian Pendidikan Malaysia. 2019. Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dan Pelakanaan Pakej Mata Pelajaran Mulai tahun 2017. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6.
[10] Khairunnajwa Samsuddin. 2017. Amalan Nilai Empati Sejarah Sekolah Menengah. Kertas Projek Ijazah Sarjana Muda. Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi: 1-20.
[11] Kementerian Pendidikan Malaysia. 2018. Kurikulum Standard Sekolah Menengah; Sejarah Tingkatan 4 dan 5. Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK): 11.
[12] Lau Yi Yi, Abdul Razaq Ahmad, Mohd Mahzan Awang & Norasmah Othman. 2020. Kandungan Buku Teks Sejarah Dan Hubungannya Dengan Pengetahuan Pelajar. Jurnal Personalia Pelajar. 23(2): 59-6.
[13] Lezah @ Lejah Kiamsin & Rosy Talin. 2018. Kaedah pengajaran Sejarah yang diminati pelajar dan justifikasinya. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). 3 (2): 137-145.
[14] M. Kaviza. 2019. Pembelajaran Konseptual Sejarah Melalui Teknik "Peer with Sources-Cards": Satu Kajian Tindakan. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities.Vol. 4 (2): 80-89.
[15] M. Kaviza. 2020. Pembelajaran Berasaskan Bahan dalam Mata Pelajaran Sejarah Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), Vol. 5 (5) :149 – 156.
[16] Mohd Mahzan Awang, Abdul Razaq Ahmad & Nur Syazwani Abdul Talib. 2016. Penggunaan multimedia dalam pendidikan sejarah Pada Abad Ke-21 dan hubungannya dengan minat belajar sejarah. Jurnal Pemikir Pendidikan. 7: 44–56.
[17] Monica Laina Tonge & Zamri Mahamod. 2020. Kesan Pembelajaran Berasaskan Projek terhadap Kemahiran Menulis Karangan Murid Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia. 45(1): 12-20.
[18] Nor Khayati Basir, Mohd Isa Hamzah & Khadijah Abdul Razak. 2017. Sikap dalam Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek Terhadap Pencapaian Pelajar Politeknik di Negeri Perak. 3NAREC'17: 491-499.
[19] Nurhijrah Zakaria, Anisah Harun, Rosmani Ali, Hasnul Hadi Tengah, Mazuki Abdul Razak, Hamidi Salleh & Mansor Ab Rahman. 2018. Pengintegrasian Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam pengajaran sejarah oleh guru pelatih program pendidikan sejarah semasa praktikum. Jurnal Penyelidikan Akademik IPGM 3:101-120.
[20] Nur Syazwani Abdul Talib, Kamarulzaman Abdul Ghani, Nur Azuki Yusuff. 2019. INSANIAH: Kaedah pembelajaran sejarah berasaskan lawatan ke muzium. Online Journal of Language, Communication, and Humanities. 2 (1):45-57.
[21] Rohani Seman, Amani Dahaman @ Dahlan, Norhayati Yahaya. (2019), Pembelajaran Abad Ke-21, Amalan 4k 1n Berasaskan Modul MJSASFC dalam kalangan guru-guru Pendidikan Asas Vokasional (PAV) Zon Utara, Seminar Antarabangsa Isu-Isu Pendidikan, 167-176.
[22] Rona Busljeta Kardum, Katarina Dadic, Martina Horva. 2021. Education for the cultivation of emotions through textbooks: the example of Croatian high school history textbooks. Education Process International Jurnal. 10(2): 28-41.
[23] Shakila Dahalan & Abdul Razaq Ahmad. 2020. Analysis of Students’ Historical Empathy in
[24] History Education. The 4th International Conference on Current Issues in Education: 1-4.
[25] Syamsulaini Sidek & Mashitoh Hashim. 2016. Pengajaran berasaskan video dalam pembelajaran berpusatkan pelajar: analisis dan kajian kritikal. Journal of ICT in Education (JICTIE). 3: 24-33.
[26] Wan Noor Hazlina Wan Jusoh, Ruhaizah Abd Ghani, Nor Adila Mohd Noor, Azarudin Awang & Noor Hasyimah. 2019. Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Video dan Padlet (pvdp) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Subjek Pemikiran dan Tamadun Islam. e-Academia Journal. Vol. 8, 1-7.