IMPLIKASI PENENTUAN WAKTU SOLAT DENGAN KAEDAH TITIK BERBANDING DENGAN KAEDAH ZON BAGI DAERAH KUANTAN

Main Article Content

Sr Asrul bin Zakaria
MRISM MRISM

Abstract

Penentuan waktu solat di Malaysia adalah berdasarkan konsep zon waktu solat, sepertimana yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Namun secara realitinya, pembentukan zon waktu solat di lapangan adalah berdasarkan faktor-faktor geografi dan pentadbiran negeri. Oleh itu, kajian ini telah dijalankan bagi menganalisa ketidakseragaman waktu solat di kawasan sempadan zon waktu solat bagi negeri Pahang. Kaedah hitungan waktu solat berdasarkan titik, iaitu koordinat tempat itu sendiri, digunakan dalam kajian ini bagi menyemak selisih masa diantara waktu solat bagi kawasan di sempadan zon dengan waktu solat zon kawasan tersebut. Dalam kajian ini, perisian e-SQIP v2.0 telah dibangunkan oleh JUPEM berdasarkan kriteria hitungan waktu solat JAKIM. Seterusnya, implikasi dari pelaksanaan zon waktu solat ke atas kawasan-kawasan penempatan di sempadan zon turut dikaji. Hasil kajian mendapati bahawa selisih masa di dalam zon yang paling maksimum adalah di Zon 1, iaitu diantara Kg. Genting, Tioman dengan Brinchang, Cameroon Highland dengan perbezaan 5 minit. Kawasan penempatan yang paling padat di Zon 2 iaitu Rompin, Pekan, Muadzam Shah dan Kuantan. Manakala perbezaan waktu solat bagi kawasan-kawasan di zon waktu solat bersebelahan yang paling kritikal ialah 6 minit, iaitu diantara di Zon 2, Pahang dan Dungun & Kemaman, di Zon 4, Terengganu. Penentuan waktu solat menggunakan kaedah berdasarkan titik adalah lebih tepat kerana waktu solat dihitung berdasarkan lokasi, namun bagi menjaga keharmonian masyarakat, konsep zon adalah lebih praktikal digunakan. Walaubagaimanapun, penyusunannya perlu ditambahbaik dari segi pemilihan titik paling barat dan pengecilan zon bagi zon yang selisih masanya melebihi 2 minit serta pembentukan zon khas bagi kawasan bersebelahan yang beza waktu solatnya besar.

Article Details

How to Cite
Asrul bin Zakaria, S., & MRISM, M. (2022). IMPLIKASI PENENTUAN WAKTU SOLAT DENGAN KAEDAH TITIK BERBANDING DENGAN KAEDAH ZON BAGI DAERAH KUANTAN. INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION, 446-453. Retrieved from https://ejurnal.unespadang.ac.id/index.php/ICGE/article/view/126
Section
ISLAMIC EDUCATION (ICGE IX)

References

[1] Analysis of Conversion Method and Map Merging from BJS54 XA80 Surveying and Mapping Results to CGCS2000Archived 2016-09-18 at the Wayback Machine
[2] Abdul Halim Aziz (2010). Kajian Terperinci Waktu-Waktu Solat dalam beberapa Zon Di Malaysia. Kertas Kerja Universiti Sains Malaysia.
[3] Baharudin bin Zainal (2002). Pengenalan Ilmu Falak. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
[4] Bell, D. & Parr, M. (2011). Visual Basic 2010 For Student. 4th Edition. Pearson Education Limited. England.
[5] Google Earth (2015). Diambil pada April 20, 2015.
[6] Hughes, D. W., Yallop, B. D., & Hohenkerk, C. Y. (1989). The Equation of time. Monthly Notices of the Royal Astronomical Society (ISSN 0035-8711), vol. 238, June 15, 1989, p. 1529 1535.
[7] Kajian Pembiasan Ufuk: Penilaian Semula Terhadap Parameter Yang Diaplikasikan Dalam Hitungan Waktu Maghrib Di Pulau Pinang.
[8] Muzakarah Falak 2011. Anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 20-22 September, 2011. Ampang, Selangor.
[9] JAKIM (2004). Minit Mesyuarat Teknikal Penyelarasan Zon Waktu Solat. 5 Ogos 2004. Putrajaya.
[10] JAKIM (2015). Tafsiran Astronomi Untuk Waktu Solat. Diambil pada April 20, 2015.
[11] Dari http://www.e-solat.gov.my/web/index1.php?id=55&type=AJAKIM (2015b). Takwim Solat. Diambil pada April 20, 2015.
[12] Dari http://www.esolat.gov.my/web/waktusolat.php?zone=JAKIM (2015c). Penyelarasan Zon-zon Waktu Solat.
[13] JUPEM (2009). Garis Panduan Mengenai Sistem Rujukan Koordinat Di Dalam Penggunaan Global Navigation Satellite System (GNSS) Bagi Tujuan Ukur Dan Pemetaan.
[14] Pekeliling Ketua Pengarah Ukur Dan Pemetaan Bilangan 1 Tahun 2009. Terbitan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia bertarikh 25 Mei 2009.
[15] King, D.A. (1986). Islamic Mathematic Astronomy. Variorum Reprints. London.
[16] King, D.A (2012). Islamic Astronomy and Geography. Diterbitkan di dalam The Variorum Collected Studies Series oleh Ashgate Publishing Limited.England.
[17] Koh, J. E. (2012). Maklumat Google Earth di dalam Pengemaskinian Data Topografi. Persidangan Pengarah-Pengarah Ukur Tahun 2012.
[18] Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Awana Genting Highlands Golf & Country Resort, Pahang. 29 November 2012.
[19] Md. Adnan Md. Daud (2007). Penyelarasan Taqwim dan Waktu Solat Kebangsaan. Kertas Kerja Seminar Falak Syarie Malaysia. Persatuan Falak Syarie Malaysia. 23 dan 24 Ogos 1993.
[20] Meeus, J. (1998). Astronomical Algorithms. 2nd Edition. Published by Willmann-Bell Inc. Richmond, Virginia.
[21] Mohamad Saupi Che Awang (1994). Kaedah Perhitungan Waktu Solat: Satu Tinjauan. Buletin Ukur. Jilid 5, No.3. Fakulti Ukur Dan Harta Tanah: UTM, Johor. Oktober, 1994.
[22] Mohamad Saupi Che Awang (2001a). Konsep Penetapan Zon Waktu Solat di Malaysia dan Waktu Solat Antarabangsa. Kursus Falak Syarie untuk Jurukur anjuran Institut Tanah Dan Ukur Negara ole Kementerian Tanah Dan Pembangunan Koperasi Malaysia. 12-15 September 2001. Pulau Pinang.