KEFAHAMAN DAN PENGAMALAN PELAJAR TERHADAP RUKHSAH SOLAT KETIKA SAKIT DI KOLEJ KOMUNITI NEGERI PERAK

Main Article Content

Norhidayani b inti Said
Mohd Zaid bin Mohd Arshad

Abstract

Rukhsah solat merupakan keringanan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T dalam melakukan amalan ibadah yang telah dipertanggungjawabkan ke atas setiap individu Muslim kerana sebab-sebab tertentu atau keuzuran. Ia merupakan satu hadiah dari Allah swt untuk hambanya supaya mereka dapat menunaikan solat mengikut kadar kemampuan seseorang dan tidak sewenang-wenangnya meninggalkan solat walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Bagi tujuan tersebut, kefahaman amatlah penting untuk membolehkan seseorang mempraktikkan rukhsah solat dalam keadaan tertentu. Justeru kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti kefahaman pelajar terhadap rukhsah solat ketika sakit, iaitu merupakan salah satu topik ibadah yang dipelajari dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Kajian berbentuk tinjauan ini dijalankan menggunakan sampel yang terdiri daripada 140 orang pelajar Kolej Komuniti Negeri Perak yang dipilih secara rawak. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik yang dibina berdasarkan kajian-kajian lepas dan diubahsuai mengikut objektif kajian. Data kajian dianalisis secara statistik deskriptif untuk mendapatkan kekerapan, peratus dan min. Hasil kajian menunjukan kefahaman dan pengamalan pelajar terhadap rukhsah solat ketika sakit berada pada tahap sederhana. Ini menunjukkan bahawa para pelajar kurang mengambil berat tentang rukhsah solat yang diberikan. Selain itu, para pendidik juga perlu memberi penekanan terhadap topik tersebut dengan menyediakan bahan bantu mengajar yang lebih menarik supaya pelajar lebih cepat dan mudah memahami, seterusnya yakin dan dapat mempraktikkan rukhsah solat dalam kehidupan dan menjadikannya pembelajaran sepanjang hayat.

Article Details

How to Cite
inti Said, N. b, & bin Mohd Arshad, M. Z. (2022). KEFAHAMAN DAN PENGAMALAN PELAJAR TERHADAP RUKHSAH SOLAT KETIKA SAKIT DI KOLEJ KOMUNITI NEGERI PERAK. INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION, 439-445. Retrieved from https://ejurnal.unespadang.ac.id/index.php/ICGE/article/view/125
Section
ISLAMIC EDUCATION (ICGE IX)

References

[1] Al-Quran Tafsir Pimpinan Ar-Rahman. 2001.Kuala Lumpur: Darul Fikir
[2] Mohd Majid Konting. 1994. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan bahasa Dan Pustaka
[3] Mohd Suhardi Mat Jusoh. 2001. Pengabaian Solat Di kalangan Remaja: Kajian Di Sekolah Menengah Di Sekitar Daerah Pasir Puteh Kelantan, Tesis Sarjana, Kuala Lumpur: U.Malaya
[4] Wiersma, W. 1995. Education Measurument Educational and Testing. Bostan: Allyn and Bacon
[5] Wolf, R….M. 1998. Questionnaires dalam Keeves.J.P (Eds) Educational Research Mathodology and Measurement: An International Hand Book: Oxford: Pergamon Press.
[6] Sayyed Sabiq. 1999. Fiqh sunnah juz al–awal. Dar al-fathi lil i’lam al-a’rabi. Kaherah Mesir.
[7] Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. 1970. Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement.
[8] Kerlinger, F.N. & Lee, H.B. 2001. Foundation of behavioral research. Fort Worth, USA: Harcourt College Publishers.
[9] Ismail Kamus & Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid. 2013. Indahnya Hidup Bersyariat Modul Fardhu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat.Telaga Biru Sdn Bhd. Kuala Lumpur.
[10] Sahidan, Solhan Huda. 2020. Pengamalan Pelajar Terhadap Rukhsah Jamak Qasar Terhadap Program Usrah di Pusat Islam Politeknik (PTSS). Proceeding International.
[11] Mohamd Riduan, Mohamad Tirmidzi. 2016. Tahap Pengetahuan Pelajar PMBS terhadap Amalan Solat Musafir. Politeknik Metro Betong Sarawak.
[12] Basri Ibrahim. 2011. Sakit Bukan Alasan Untuk Meninggalkan Solat, Selangor: AlHidayah House Of Publishers Sdn. Bhd.
[13] Mohd Fadzilah Kamsah. Utusan Malaysia. 2019. 23 Jun.