TAHAP AMALAN KEPIMPINAN GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN MOTIVASI GURU PRASEKOLAH DI DAERAH PEKAN, PAHANG

Main Article Content

Abdull Latif Abdullah
Mohd Izham Mohd Hamzah

Abstract

Kepimpinan instruksional merupakan kebolehan pemimpin yang mampu memberikan sokongan, galakkan kepada pendidik serta mencorakkan kepimpinan untuk mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Tujuan Kajian ini ialah untuk mengenalpasti tahap amalan kepimpinan instruksional guru besar hubungan dengan  motivasi guru prasekolah di daerah Pekan, Pahang. Antara objektif kajian adalah untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan instruksional guru besar mengikut persepsi guru prasekolah di daerah Pekan, Pahang. Populasi dalam kajian ini terbatas kepada guru prasekolah yang berkhidmat di Daerah Pekan, Pahang sahaja iaitu seramai 78 orang guru prasekolah daripada 46 buah sekolah yang ada di Daerah Pekan, Pahang. Sampel kajian dipilih daripada populasi guru prasekolah Daerah Pekan, Pahang yang sedang berkhidmat iaitu seramai 46  orang guru prasekolah diambil sebagai sampel dan dipilih secara rawak mudah. Reka Bentuk kajian ini adalah reka bentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan serta menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Data yang diperolehi, dianalisis dengan penggunaan statistik deskriptif yang melalui perisian SPSS versi 26.0 dengan bertujuan bagi mendapatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai terhadap data yang diperoleh dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan analisis inferensi ANOVA satu hala. Dapatan  kajian  menunjukkan  skor tahap amalan kepimpinan instruksional  guru besar  berada pada  tahap  tinggi  iaitu  dengan  min = 4.204 manakala sisihan piawai = 0.628. Melalui kajian ini telah menyatakan bahawa tahap amalan kepimpinan guru besar hubungan dengan motivasi guru prasekolah telah memberikan implikasi terhadap model dalam kepimpinan, dasar kepimpinan, amalan kepimpinan guru besar dan implikasi terhadap latihan dalam kepimpinan. Kesimpulannya, amalan kepimpinan instruksional guru besar perlu menggunakan  pendekatan  yang  bersesuaian  dalam  pengurusan  sekolah bagi meningkatkan tahap motivasi guru pada tahap yang tinggi dengan mewujudkan hubungan yang baik dan berkualiti antara guru besar guru prasekolah serta mewujudkan persekitaran kerja yang positif bagi menghasilkan  pelajar  yang cemerlang dari semua aspek.

Article Details

How to Cite
Latif Abdullah, A., & Mohd Hamzah, M. I. (2022). TAHAP AMALAN KEPIMPINAN GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN MOTIVASI GURU PRASEKOLAH DI DAERAH PEKAN, PAHANG. INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION, 380-389. Retrieved from https://ejurnal.unespadang.ac.id/index.php/ICGE/article/view/118
Section
EDUCATIONAL BUREAUCRACY (ICGE IX)

References

[1] Abdul Ghani Abdullah, Abdul Rahman Abd. Aziz & Mohammed Zohir Ahmad. 2008. Gaya-Gaya Kepimpinan Dalam Pendidikan. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
[2] Al. Ramaiah.1999. Kepimpinan pendidikan : Cabaran Masa Kini. Petaling Jaya: IBS Buku Sdn. Bhd.
[3] Anpalan Vadiapan , Al-Amin Mydin & Abdul Jalil Ali. 2011. Aamalan kepimpinan Instruksional Guru Besar dan Hubungannya dengan Tanggapan Sokongan Organisasi Guru-Guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Malaysian Journal of Social Sciens and Humanities (MJSSH). 6(4):94-107.2021 DOI: https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i4.740
[4] Azizi, Y., Shahrin, H., Jamaludin, R., Yusof, B., & Abdul Rahim, H. 2007. Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Batu Caves: PTS Profesional.
[5] Bendikson, L. Robinson, V & Hattie, J. 2012. Principal Instructional Leadership And Secondary School Performance. Educational Administration Quarterly, 44(5): 635-674.
[6] Bevoise, W.D. (1984). "Synthesis On The Principal As Instructional Leadership" Educational Leadership. 15-20. Brophy, J. (1998). Motivating Students to Learn. Boston: McGraw Hill Company.
[7] Brophy, J. (1998). Motivating Students to Learn. Boston: McGraw Hill Company.
[8] Bryan, C. (2010). Succesfull Teaching (7th ed.). Jordan Hill: Heinmann Publishers.
[9] Bush, T. & Middlewood, D. (2005). Leading and Managing People in Education SAGE.
[10] Bush, T. (2005) Evaluating leadership development experiences with the NCSL: control, partnership and empowerment, Management in Education, 19(2), 34–35.
[11] Chua, Y.P. (2014). Buku 1: Kaedah Penyelidikan. McGraw-Hill Education Ed ke-2. Kuala Lumpur: McGraw-Hill Education.
[12] Creswell, J. W. (2014). Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Methods Approaches (4th ed.). Thousand Oaks, CA: Sage
[13] Deckert, G.D. and D.W. Greenfield, 1987. A Review Of The Western Atlantic Species Of The Genera Diapterus And Eugerres (Pisces: Gerreidae). Copeia 1987(1): 182-194.
[14] Evonne Lai Eng Fei1 & Crispina Gregory K Han2. 2018. Hubungan Kepimpinan Pengetua dan Iklim Sekolah degan Motivasi Guru. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 3(2);1-16, 2018.
[15] Eyal, O., and G. Roth. 2010. Principal’s Leadership And Teachers’ Motivation: Selfdetermination Theory Analysis: Paper Presented At The American Educational Research Association.
[16] Gan Pei Ling. 2003. Hubungan persepsi guru terhadap tingkah laku kepimpinan pengetua dengan tahap motivasi guru di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Tesis Master Sc.Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Serdang.
[17] Gunter, H., Rayner, S., Thomas, H., Fielding, A., Butt, G. & Lance, A. 2005. Teachers, Time And Work: Findings From The Evaluation Of The Transforming The School Workforce Pathfinder Project. School Leadership and Management. 25(5): 441-454.
[18] Hallinger, P. 2003. Leading Educational Change: Reflections On The Practice Of Instructional And Transformational Leadership. Cambridge Journal of Education. 13(3): 229–356.
[19] Johan, Jamalul lail. 2017. Amalan Kepimpinan Instruksional Guru Besar dan Hubunganya Dengan Kepuasan Kerja Guru Di Daerah Asajaya. Seminar Penyelidikan Pendidikan 2017: 617-630.
[20] Kementerian Pelajaran Malaysia. 2014. Laporan Awal Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
[21] Leithwood & Sun, J.P. 2012. The Nature and Effects of Transformational School Ledadership: A Meta-Analytic review of Unpublished Reaserch. Educational Administration Quarterly. 48(3), 387-423. http://dx.doi.org/10.1177/001316X11436268
[22] MacIntyre, P., MacKinnon, S. & Clement, R.. (2009). In D. Zoltan & E. Ushioda (Eds.), Motivation, language identity and the L2 Self, (pp. 193-214). Bristol: Multilingual Matters.
[23] Mohd Nor bin Jaafar (2004). Kepimpinan pengajaran guru besar, komitmen dan kepuasan kerja guru : Satu kajian perbandingan dan hubungan antara sekolah berkesan dengan sekolah kurang berkesan. Tesis Ph. D. Tidak Terbit. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
[24] Mohd Yusri, I. 2012. Model KepimpinanPengajaran Pengetua Efikasi dan Kompetensi Pengajaran. Universiti Malaysia Terengganu.
[25] Munandar, A. Sunyoto. (2001). Psikologi Industri dan Organisasi. Jakarta: UI-Press
[26] Nurhannan Ramli & Jamaliah Abdul Hamid (2006). Gaya Kepimpinan Pengetua Wanita dan Hubungannya dengan Tahap Motivasi Guru Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan. 31(2006). 53-69.
[27] Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM: 2013-2025. (2013). Kementerian Pendidikan Malaysia. http://www.moe.gov.my/v/ pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-2013-2025
[28] Robbins, S. P. (2003). Organizational Behavior. (10th ed). New Jersey: Prentice Hall.
[29] Sparks, D. (2003). Change Agent: An Interview with Michael Fullan. Journal of Staff Development, 24(1), 55– 58.
[30] Zulkafli Arifin. (2008). Pengaruh kepimpinan prestasi pengetua terhadap prestasi akademik pelajar: Satu tinjauan di sekolah-sekolah menengah. Tesis Sarjana : university Teknologi Malaysia