KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGETUA DAN KOMITMEN GURU MELAKSANAKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH

Main Article Content

Siti Nurul Zulikha Binti Mohd Suhaimi

Abstract

Usaha mencapai pembangunan pendidikan yang berteraskan kecemerlangan memerlukan kepimpinan pengetua yang berperanan sebagai penggerak paling utama kejayaan di sesebuah sekolah. Hal ini dapat dilihat melalui kepimpinan pengetua dan komitmen guru terutama semasa musim pandemik yang memerlukan komitmen jitu dalam melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR). Kajian ini membincangkan hubungan antara tahap amalan kepimpinan instruksional pengetua dengan komitmen guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR). Borang kaji selidik dalam talian digunakan untuk mendapatkan maklumat sampel. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk tinjauan kuantitatif. Populasi kajian ini berjumlah 100 manakala responden kajian terdiri daripada 80 orang guru yang mengajar di Sekolah Menengah Swasta sekitar Lembah Klang. Analisis deskriptif digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan kepimpinan instruksional pengetua terhadap PdPR secara keseluruhannya berada pada tahap tinggi iaitu (min = 3.94, Sp = 0.52), manakala komitmen guru menunjukkan pada tahap tinggi (min = 3.95 = sp 0.75). Analisis melalui ujian Korelasi Pearson juga telah menunjukkan nilai hubungan amalan kepimpinan instruksional pengetua dan komitmen guru adalah 0.457 (p-value = 0.000 < α = 0.001), menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan dan kuat di antara tahap amalan kepimpinan instruksional pengetua dengan komitmen guru dalam melaksanakan PdPR. Hasil daripada kajian ini telah dicadangan untuk penambahbaikan dalam meningkatkan lagi amalan kepimpinan instruksional pengetua dan komitmen guru sekolah menengah swasta dalam melaksanakan PdPR. Kesimpulannya tahap kepimpinan pengetua yang baik memberi kesan terhadap komitmen guru dalam melaksanakan PdPR.

Article Details

How to Cite
Binti Mohd Suhaimi, S. N. Z. (2022). KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL PENGETUA DAN KOMITMEN GURU MELAKSANAKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH. INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION, 364-370. Retrieved from https://ejurnal.unespadang.ac.id/index.php/ICGE/article/view/116
Section
EDUCATIONAL BUREAUCRACY (ICGE IX)

References

[1] Anusha Selvadurai Dan Azlin Norhaini Mansor. (2021). Kepimpinan Instruksional Guru Besar Dan Komitmen Guru Di Zon Mantin, Negeri Sembilan. E-Issn: 2785-9479
[2] Azzi Machwati, Udik Budi Wibowo. (2015). Pengaruh Budaya Kerja, Komitmen, Motivasi Kerja Guru Terhadap Iklim Organisasi SD. Jurnal Akuntabilitas Manajemen Pendidikan Volume 3, No 2, September 2015 (158-172).
[3] Euis Haryani. (2017). Pengaruh Iklim Organisasi Sekolah dan Kepemimpinan Kepala Sekolah terhadap Manajemen Pembelajaran untuk Mewujudkan Kinerja Guru
[4] Kalaichelvi Bhaskaran dan Aida Hanim A. Hamid. (2020). Amalan Kepimpinan Instruksional Pengetua Di Sekolah Menengah Di Bandar Banting. International Journal of Education and Pedagogye- ISSN: 2682-8464. Vol. 2, No.1, 264-284, 2020.
[5] Lily James Billy, Muhamad Suhaimi Taat. (2020). Budaya Sekolah: Hubungannya dengan Komitmen Guru.Volume 5, Issue 10. e-ISSN: 2504-8562
[6] M. Nur & Norasmah Othman. (2011). Motivasi Kerja Dan Kompetensi Profesionalisme Guru-Guru Sman Pekan baru Indonesia.
[7] Muhamad Suhaimi Taat, Roslee Talip, Musirin Mosin. (2021). Personaliti, Iklim Sekolah, Kurikulum dan Sikap Akademik Pelajar di Institusi Tahfiz Negeri Sabah. Volume 6, Issue 3, e-ISSN: 2504 8562.
[8] Nur Akalili Mohd Amin, Nurfaradilla Mohamad Nasri. (2021). Kajian Tinjauan Persepsi Murid Sekolah Menengah Terhadap Pembelajaran Dalam Talian Semasa Pandemik Covid-19. Jurnal Dunia Pendidikan. e-ISSN: 2682- 826X, Vol. 3, No. 2, 344-361.
[9] Norhazwani Hassan & Jamalullail Abdul Wahab. (2017). Kepuasan Kerja dalam Kalanga Guru di Sekolah Menengah Zon Bangsar. SeminarSerantau. 401-408.
[10] Rahayu, F. D. (2012). Hubungan Antara Budaya Organisasi dengan Komitmen Organisasi pada Perawat Rumah Sakit Umum Daerah Dr. Syaiful Anwar Malang.
[11] Tamilmullai Thannimalai, Salini Baloh. (2021). Cabaran Pdpr Bahasa Tamil Di Sekolah Luar Bandar. Volume 5- Issue 2. Pages 183 – 190. e-ISSN: 2590- 3691
[12] Zainimat. (2017). Teori Dua Faktor Hezberg. Retrieved April 7, 2020 from http://pengurusanmatrik.blogspot.com/2017/07/teori-dua-faktor- hezberg.html.