GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA TERHADAP KOMITMEN GURU DI DAERAH JEMPOL

Main Article Content

Visvaruby a/p Krishnan

Abstract

Transformasi abad ke -21 menjadi satu intipati utama dalam sistem pendidikan kepada guru besar bagi mengekalkan komitmen guru secara berterusan dalam menghadapi arus kemodenan yang kian berkembang dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar. Guru besar sebagai pemimpin menjadi kayu ukur yang utama dalam mempengaruhi guru dalam meningkatkan komitmen guru. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui tahap amalan kepimpinan transformational guru besar dan komitmen guru di Daerah Jempol. Kajian ini berbentuk tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif melalui edaran borang soal selidik secara atas talian. Responden kajian terdiri daripada 108 orang guru-guru SJKT di daerah Jempol daripada populasi kajian seramai 141 orang guru di Daerah Jempol. Perisian SPSS versi 26.0 telah digunakan bagi menjawab persoalan kajian dan analisis deskriptif dan inferensi telah digunakan. Dapatan kajian menunjukkan tahap kepimpinan transformational guru besar SJKT secara keseluruhannya berada pada tahap tinggi (min= 4.35, s.p= 0.58 ) manakala tahap komitmen guru pula berada pada tahap yang tinggi  (min= 4.25, s.p= 0.52 )Analisis melalui ujian Korelasi Pearson juga menunjukkan terdapat hubungan sederhana kuat di antara kepimpinan transformasional guru besar SJKT dengan tahap komitmen guru (r = .476, p<0.01). Dapatan ini telah memberikan implikasi di mana terhadap dasar dan latihan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu mengemaskini dimensi-dimensi yang terkini dan bersesuaian dari masa ke semasa. Manakala implikasi terhadap amalan serta pengurusan di peringkat sekolah pula, guru besar dan pentadbir sekolah harus menjadi pendorong kepada guru- guru untuk melaksanakan tugasan mereka secara sistematik dan sempurna dengan memberikan galakan dan insentif dari segi penghargaan atau pengiktirafan. Kesimpulannya, bagi memastikan peningkatan komitmen guru dalam kalangan guru, guru besar sebagai pemimpin sekolah perlulah sentiasa peka dan menjadi lebih kreatif dan efektif dalam mempraktikkan amalan kepimpinannya. 

Article Details

How to Cite
a/p Krishnan, V. (2022). GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA TERHADAP KOMITMEN GURU DI DAERAH JEMPOL. INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION, 323-330. Retrieved from https://ejurnal.unespadang.ac.id/index.php/ICGE/article/view/112
Section
EDUCATIONAL BUREAUCRACY (ICGE IX)

References

[1] Abdul Ghani, A. 2005. Kepimpinan Transformasi Pengetua dan Penggantian Kepimpinan Sebagai Penentu Komitmen Terhadap Organisasi dan Perlakuan Warga Organisasi Pendidikan. Jurnal Pendidik dan Pendidikan 20: 53-68.
[2] Abdullah Hassan & Ainon Mohd. 2001.Teori dan teknik kepimpinan: Panduan aplikasi di tempat kerja. Kuala Lumpur : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
[3] Anuratha M. & Azlin Norhaini M. 2021. Kertas Kajian: Kepimpinan Transformasional Guru Besar dan Komitmen Guru Di Zon Nilai, Negeri Sembilan. International Conference on Business Studies and Education. Universiti Kebangsaan Malaysia.
[4] Aziah Ismail, Abdul Ghani,K. & Abdullah Saad. 2005. Amalan Kepimpinan Transformasi & Kapasiti Kepimpinan di Dua Buah Sekolah Kluster di Malaysia. Universiti Sains Malaysia.
[5] Baharom Mohamad, Mohamad Johdi Salleh, & Che Noraini Hashim. 2009. Halatuju
[6] Kepemimpinan Sekolah Untuk Penambahbaikan Yang Mapan. Kuala Lumpur:Universiti Malaya.
[7] Bass, B. M. & Avolio, B. J. 2000. MLQ Multifactor Leadership Questionnair Redwood City: Mind Garden.
[8] Chua, Y.P. 2011. Kaedah dan statistik penyelidikan: kaedah penyelidikan. Mcgraw-Hill Education, Shah Alam.
[9] Dewan Bahasa dan Pustaka. 2007. Kamus Dewan (Edisi ke-4). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
[10] Faridah Binti Mat Noor & Khadijah Binti Daud. 2018. Hubungan antara Kepimpinan Transformasi Guru Besar mengikut Persektif Guru dengan Komitmen Guru terhadap Sekolah.Fikiran Masyarakat, 6(2), 96-100
[11] Fullan M. 2011. Choosing the Wrong Drivers for Whole System Reform. Seminar series 204. Centre for Strategic Education.
[12] Gobinathan Vijian dan JamalulLail Abdul Wahab. 2020. Kepimpinan Transformasional Guru Besar dan Kepuasan Kerja Guru-Guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Zon Kajang. International Journal of Education and Pedagogy 2(2):18-31. Kamus Dewan. 2007. 4th ed. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
[13] Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia.
[14] Mohamad Radzi Saidin, Azlin Norhaini Mansor, Mohamad Yusoff Mohd Nor & Jamallullail
[15] Abd Wahab. (2014). Kepimpinan Transformasional dan Komitmen Kerja Guru di Sekolah
[16] Rendah SBT di Negeri Selangor. Proceedings of The 4th International Conference On Learner Diversity (Iceld 2014) Universiti Kebangsaan Malaysia. 628- 638.
[17] Selamat, N.; Samsu, N. Z.; and Kamalu, N. S. M. 2013. The impact of organizational climate on teachers job performance. Educational Research.2(1). Diperolehi daripada http://www.erej.ua.es/rdd/article/view/51/39
[18] Sheeila A/P Krishnan & Mohamed Yusoff Bin Mohd Nor. 2018. LSP-GABC 2018 International Conference , Kepimpinan transformasi guru besar dan komitmen guru di Sekolah Rendah Berprestasi Tinggi (SBT) di negeri Selangor
[19] Siti Nazatul Norashikin Ali. 2016. Hubungan Antara Gaya Kepimpinan Transformasi Pengetua dengan Komitmen Guru PJK di Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Gua Musang, Kelantan. International Seminar on Generating Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA.
[20] Yaakob Daud .2007. Budaya sekolah: Hubungannya dengan kepemimpinan, komitmen organisasi dan pencapaian akademik murid sekolah rendah. Tesis Doktor Falsafah Pendidikan Yang Tidak Diterbitkan, Universiti Sains Malaysia.
[21] Zuraimy Ali, Azizi Abu Bakar dan Mohd Nor Jaafar.2016. Tekanan Kerja Serta Hubungannya Dengan Komitmen Guru Pendidikan Islam Terhadap Organisasi 2(2): 69-79. diperolehi daripada https://myjurnal.mohe.gov.my/public/article-view.php?id=129070