KESEDIAAN GENERASI Z TERHADAP REVOLUSI INDUSTRI 4.0

Main Article Content

Nurul Syuhada Mohd Yunos

Abstract

Revolusi Industri 4.0 bermula dari revolusi pertama hingga ketiga yang berasaskan kepada sumber dan tenaga kerja manusia. Kini, kita berada dipermulaan Revolusi Industri 4.0 yang akan mengubah cara manusia hidup dan bekerja.Generasi Z ini adalah mereka yang dilahirkan selepas pertengahan tahun 1990-a.Mereka ini dicirikan sebagai pengguna teknologi yang bijak, pribumi digital dan akan menyertai tenaga kerja kelak. Mereka membawa kemahiran baru, jangkaan tinggi dan hasrat untuk menggegar dunia perkerjaan. Kajian ini bertujuan mengetahui tahap kesediaan Generasi Z dan pengetahuan  mereka terhadap Revolusi Industri 4.0. Kajian rintis ini dijalankan menggunakan kaedah kuantitatif. Pengumpulan data adalah secara dalam talian melalui pengedaran google Form menggunakan pelantar media sosial seperti Whatapps kerana Generasi Z ini dikenali sebagai generasi yang saling berhubung secara alam maya dan dikaitkan dengan generasi yang sering menggunakan teknologi dengan baik. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan Generasi Z terhadap kehadiran Revolusi Industri 4.0 ini berada pada tahap yang rendah namunkesediaan Generasi Z terhadap kedatangan Revolusi Industri 4.0 ini adalah pada tahap tinggi. Pengkaji mencadangkan agar Generasi Z ini perlu meningkatkan pengetahuan mereka terhadap isu-isu dan informasi berkenaan Revolusi Industri 4.0 ini dengan menerapkan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat kerana konsep pembelajaran sepanjang hayat  adalah suatu pembelajaran terbuka yang memberi masyarakat satu kebolehan untuk belajar dan terus belajar terutamanya berdasarkan arahan kendiri. Jadi, kemahiran ini penting bagi membantu Generasi Z membina minat dan pengetahuan dalam bidang yang digemari.

Article Details

How to Cite
Yunos, N. (2019). KESEDIAAN GENERASI Z TERHADAP REVOLUSI INDUSTRI 4.0. INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION, 1(1), 834-841. Retrieved from https://ejurnal.unespadang.ac.id/index.php/ICGE/article/view/11
Section
21ST CENTURY LEARNING

References

Anon (2015) Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). http://www.mohe.gov.my/portalpsh/?p=5980 [28 November 2018]
Klaus Schwab (2016) The Fourth Industrial Revolution.Davos. World Economic Forum.
Nancy W. Gleason (2018) Singapore’s Higher Education Systems in the Era of the Fourth Industrial Revolution: Preparing Lifelong Learners. https://doi.org/10.1007/978-981-13-0194-0.
Sharita, Norfidah & Asmah (2018) Kajian Mengenai Kesediaan Pelajar Semester Empat Polimas Dalam Mengharungi Cabaran Revolusi Industri 4.0. National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18)
Rammel Ramli. 2017. Revolusi Industri 4.0 – Adakah Robot AI Akan Ambil Alih?https://otakit.my/revolusi-industri-4-0-adakah-robot-ai-akan-ambil-alih/ [5Oktober 2018].
Norabeerah, Halimah dan Azlina. 2012. Pengajaran Masa Depan Menggunakan Teknologi Augmented Reality Dalam Pendidikan Bahasa Melayu: Tahap Kesedaran Guru. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ) ISSN: 2180-4842. Vol. 2, Bil. 2 (Nov. 2012): 1-10 1.
Mohd Fairuz. Revolusi Perindustrian Keempat / Industri 4.0 / Ir 4.0. https://www.academia.edu/38342865/IR401.docx.
Ladin, K. I. C. A. 2018. Pengetahuan Dan Kesediaan Revolusi Industri 4.0 Dalam Kalangan Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. O-JIE: Online Journal of Islamic Education, [S.l.], v. 6, n. 2: 9.
Said, D. S. 2017. Masyarakat perlu sedia hadapi Revolusi Industri 4.0 - Salleh 1–7.
GrahamBrown-Martin. ( 2017). Education and the Fourth Industrial Revolution Prepared for Groupe Média TFO. https://www.groupemediatfo.org/wp-content/uploads/2017/12/FINAL-Education-and-the-Fourth-Industrial-Revolution-1-1-1.pdf.
GrahamBrown-Martin. ( 2018). Education and the Fourth Industrial Revolution (Learning to thrive in a transforming world). https://medium.com/learning-re-imagined/education-and-the-fourth-industrial-revolution-cd6bcd7256a3.
Gizem Erboz. 2017.How To Define Industry 4.0: Main Pillars Of Industry 4.0. 7th
International Conference on Management (ICoM 2017), At Nitra, Slovakia https://www.researchgate.net/publication/326557388_How_To_Define_Industry_40_Main_Pillars_Of_Industry_40.
Dell Technologies. 2018. Gen Z: The future has arrived Executive Summary. https://www.emc.com/collateral/presentation/gen-z-the-future-has-arrived executive-summary.pdf
Johanson, G. A., & Brooks, G. P. (2009). Initial Scale Development: Sample Size forPilot Studies. Educational and Psychological Measurement, 70(3), 394400.doi:10.1177/0013164409355692
Kementerian Pengajian Tinggi (2018) Framing Malaysian Higher Education4.0:Future-Proof Talent. Ministry of Higher Education Malaysia.