TAHAP KOMPETENSI GURU DAN KESEDIAAN PELAJAR DI SEKOLAH SWASTA, SELANGOR SEMASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH

Main Article Content

Fatin Nadirah Abu Bakar

Abstract

Sistem Pendidikan di Malaysia telah mengalami banyak perubahan sewaktu berlakunya pandemik COVID-19 yang mengubah sistem pembelajaran secara bersemuka kepada pembelajaran secara atas talian. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti tahap kompetensi guru dan kesediaan pelajar di Sekolah Swasta, Selangor. Kajian dilaksanakan ini berbentuk tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif melalui edaran borang soal selidik secara atas talian. Populasi kajian ini berjumlah 130 orang guru, manakala sampel kajian terdiri daripada 100 orang guru sekolah swasta yang berkhidmat di Daerah Petaling Utama, Selangor. Analisis deskriptif  dan inferensi menggunakan perisian SPSS telah digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap kompetensi guru secara keseluruhan berada pada tahap tinggi (min= 4.25, s.p= 0.526) manakala tahap kesediaan pelajar semasa PdPR pula berada pada tahap sederhana tinggi (min= 3.96, s.p= 0.582). Analisis melalui ujian Korelasi Pearson juga menunjukkan terdapat hubungan  positif yang sangat kuat di antara tahap kompetensi guru dan kesediaan pelajar ( r = .483, p < .001). Dapatan ini telah memberikan implikasi terhadap dasar dan latihan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta pihak sekolah perlu meneliti lagi strategi yang sesuai bagi memantapkan lagi tahap kompetensi guru-guru di sekolah dalam PdPR. Manakala, implikasi terhadap kesediaan pelajar pula, pentadbir dan  pengetua sekolah harus memberikan ruang kepada guru untuk lebih kreatif dan kritis dalam PdPR bagi meningkatkan kesediaan pelajar semasa mengikuti kelas PdP. Kesimpulannya, tahap kompetensi guru perlulah sentiasa pada aras terbaik bagi memastikan kesediaan pelajar juga pada tahap yang baik dalam mengikuti PdPR agar tidak berlaku keciciran pembelajaran terutama menerusi sistem pendidikan di Malaysia.

Article Details

How to Cite
Nadirah Abu Bakar, F. (2022). TAHAP KOMPETENSI GURU DAN KESEDIAAN PELAJAR DI SEKOLAH SWASTA, SELANGOR SEMASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH. INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION, 226-233. Retrieved from https://ejurnal.unespadang.ac.id/index.php/ICGE/article/view/103
Section
CHARACTER BUILDING (ICGE IX)

References

[1] Anuar Ahmad Nelson Jinggan. 2015. Pengaruh Kompetensi Kemahiran Guru Dalam Pengajaran Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sejarah. JuKu: Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik April 2015, Bil. 3 Isu 2.
[2] Arsaythamby Veloo dan Mary Macdalena A Komuji (2013). Kesan Penyeliaan Klinikal Terhadap Prestasi Pengajaran Guru Sekolah Menengah. Vol. 28, 81–102, 2013.
[3] Banu A/P Ramanan. 2018. Kompetensi Guru Luar Bidang terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Inggeris Dalam Bilik Darjah.
[4] Fadhilah Razali, Nurahimah Mohd Yusoff dan Rafisah Osman. 2017. Kefahaman Guru Pada Pelaksanaan Kurikulum 2013 Dalam Membuat Modul Pembelajaran Di SMKN 3 Kota Banda Aceh. ISBN: 978-983-42061-4-7.
[5] Fazida Ahmad dan Nurfaradilla Mohamad Nasri. 2019. Tahap Kompetensi Pengetahuan Guru Sejarah Dalam Melaksanakan Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21. Selangor. https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUKU/ article/view/15768.
[6] Juhaidah Abd Hakim Dan Dalbir Singh. 2020. Teori Kompetensi: Ulasan Dari Perspektif Kemahiran Digital. Malaysian Journal Of Information And Communication Technology Vol 5 2020, Issue 1 | E-ISSN 0127-7812.
[7] Kementerian Pendiidkan Malaysia. 2020. Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah.
[8] Losius Goliong , Mohd Khairuddin Abdullah, & Rosy Talin. 2018. Kompetensi Pegadogi Guru dan Prestasi Akademik Di Sekolah-Sekolah Berprestasi Rendah. Jurnal Kurikulum, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jilid 3, 2018, M.S. 80-91.
[9] Nurhidayati Dan Muhammad Hussin. 2018. Kompetensi Guru Terhadap Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah Menengah Daerah Mersing.
[10] Norehan Binti Mohd Nasir1, Mahaliza Binti Mansor1. (2021). Cabaran Guru Dalam Melaksanakan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (Pdpr): Suatu Pemerhatian Awal. Malaysian Journal Of Social Sciences And Humanities (MJSSH), Volume 6, Issue 7, (Page 416 - 421), 2021 DOI: https://Doi.Org/10.47405/Mjssh.V6i7.854.
[11] Mohd. Tahir, Lokman And Mat Johari, Ida Juliana. (2011). Tahap Kesediaan Bakal Guru Tahun Akhir Perdana UTM (Kemahiran Hidup) Dalam Menceburi Profesion Perguruan. UNSPECIFIED . Pp. 1-8. http://eprints.utm.my/id/eprint/11760/