BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEDUA: KAJIAN STRATEGI DAN SIKAP MURID CINA DI SEKOLAH WAWASAN

Main Article Content

Shamsul Aizuwani Nawi
Wee Kee Quan

Abstract

Pembelajaran bahasa sebagai bahasa kedua memerlukan perhatian yang lebih teliti dan memerlukan pelajar merancang strategi pembelajaran yang tertentu bagi menguasainya. Bahasa kedua merupakan bahasa asing  yang dipelajari oleh seseorang salain daripada bahasa ibunda sendiri untuk tujuan-tujuan tertentu dalam kehidupan. Berkaitan dengan pembelajaran bahsa Melayu sebagai bahasa kedua dalam bidang pendidikan, kajian ini meninjau penggunaan strategi kemahiran menulis bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina di sekolah wawasan. Selain itu kajian ini turut meninjau sikap murid Cina dalam pembelajaran kemahiran menulis bahasa Melayu. Kajian ini dilaksanakan berdasarkan reka bentuk kajian tinjauan melalui penggunaan soal selidik. Seramai 113 murid Cina Tahun 5 yang bersekolah di salah sebuah sekolah wawasan di negeri Selangor telajh diambil sebagai sampel kajian. Hasil kajian mendapati, penggunaan strategi kemahiran menulis dalam kalangan murid Cina di sekolah wawasan secara keseluruhannya berada pada tahap sederhana, (μ = 3.29). Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tahap sikap murid Cina di sekolah wawasan terhadap pembelajaran bahasa Melayu adalah sederhana (μ = 3.29).

Article Details

How to Cite
Aizuwani Nawi, S., & Kee Quan, W. (2022). BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEDUA: KAJIAN STRATEGI DAN SIKAP MURID CINA DI SEKOLAH WAWASAN. INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION, 220-225. Retrieved from https://ejurnal.unespadang.ac.id/index.php/ICGE/article/view/102
Section
CHARACTER BUILDING (ICGE IX)

References

[1] Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2017). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kementerian Pendidikan Malaysia.
[2] Norsimah Mat Awal, Nadzrah Abu Bakar, & Norshimah Jalaluddin. (2017). Pembelajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua: Pengungkapan Idea dalam Penulisan Pelajar Sekolah Menengah di Malaysia. Jurnal Melayu(9) 2012: 227-240.
[3] Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru di sekolah: Satu penilaian. (Tesis doktor falsafah yang tidak diterbitkan). Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
[4] Mohamad Yazib Mohamad. (2017). Kekerapan penggunaan strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid cemerlang etnik Cina. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(1), 85-92.
[5] Noor Zuhidayah Muhd Zulkifli & Siti Saniah Abu Bakar. (2015). Perbezaan penggunaan strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar di Jerman berdasarkan jantina. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5(1), 61-70.
[6] Sharala Subramaniam, Zamri Mahamod, Jamaludin Badusah, Nik Mohd Rahimi & Mohamed Amin. (2014). Penggunaan dan kekerapan strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar warganegara asing. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 4(2), 25-35.
[7] Supian Mohd Noor. (2003). Strategi pemerolehan ayat satu dasar. (Tesis doktor falsafah yang tidak diterbitkan). Universiti Putra Malaysia, Serdang.
[8] Tay, M. G. & Wong, S. H. (2016). Minat pelajar bukan penutur natif terhadap pembelajaran bahasa Melayu: Satu kajian kes. Jurnal Penyelidikan IPGK BL, 13, 53-63.
[9] Zamri Mahamod. (2004). Strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Melayu sekolah menengah. (Tesis doktor falsafah yang tidak diterbitkan). Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
[10] Zamri Mahamod. (2015). Strategi pembelajaran inventori cara belajar bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
[11] Zamri Mahamod, Jamaludin Badusah, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Mohamed Amin Embi & Sharala Subramaniam. (2014). Penggunaan dan kekerapan strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar warganegara asing. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 4(2), 25-35.
[12] Zamri Mahamod, Kamiliah Ayu Ab. Ghani & Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. (2016). Penggunaan strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina berdasarkan sikap dan kemahiran bahasa. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(1), 38-51.
[13] Zamri Mahamod, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Mohamed Amin Embi, Jamaludin Badusah & Sharala Subramaniam. (2014). Strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar warganegara asing berdasarkan kemahiran bahasa dan gred. Jurnal Personalia Pelajar, 17, 75-81.
[14] Zulkifley Hamid. (1996). Bahasa, konsep, fungsi dan penguasaannya oleh penutur. Dewan Bahasa dan Pustaka.