PERSEPSI DAN TINGKAH LAKU GURU VETERAN MENERAPKAN UNSUR KBAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DI KELANTAN

Main Article Content

Nurnazifah Mat Akhir
Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji persepsi dan tingkah laku guru veteran yang mengajar Bahasa Melayu terhadap pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) terhadap pelajar yang yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sehubungan dengan itu, guru bahasa Melayu mestilah menguasai KBAT dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta bersedia untuk memahirkan KBAT dalam ketika negara dilanda musibah COVID-19 Pengajaran Bahasa Melayu tetap diteruskan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam dalam talian dan bersemuka mengikut arahan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dari semasa ke semasa. Pembelajaran tetap diiteruskan bagi mengelakkan berlakunya keciciran ilmu dalam kalangan pelajar. Sehubungan itu, peranan guru sangat penting bagi memastikan unsur KBAT dapat diterapkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sebagai asas untuk menguasai mata pelaran ini secara keseluruhan. Kajian ini diharapkan dapat meninjau persepsi guru menerapkan unsur KBAT dalam PdP Bahasa Melayu melalui tingkah laku guru dalam menerapkan unsur KBAT berunsurkan kesediaan, latihan dan kesan terhadap guru. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kualitatif dan data diambil secara temu bual terhadap dua orang guru veteran di sekitar Kelantan. Dapatan temu bual tersebut merupakan kaedah utama yang digunkan untuk melihat sama ada guru veteran dapat menggunakan KBAT dalam pengajarannya. Hasil temu bual didapati guru veteran dapat menguasai dan mengolah KBAT untuk diterapkan kepada pelajar.

Article Details

How to Cite
Mat Akhir, N., & Wan Mohammad, W. M. R. (2022). PERSEPSI DAN TINGKAH LAKU GURU VETERAN MENERAPKAN UNSUR KBAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DI KELANTAN. INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION, 213-219. Retrieved from https://ejurnal.unespadang.ac.id/index.php/ICGE/article/view/101
Section
CHARACTER BUILDING (ICGE IX)

References

[1] Cecilia Kong & Mohamed Yusoff (2020). Tahap kesediaan dan keperluan latihan guru dan hubungan dengan kemampuan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. Jurnal Dunia Pendidikan e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2,No. 4,142-152,2020. http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd.
[2] Chandrasakeram, B. (2021). Aplikasi kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dalam bandar Seremban. Muallim Journal of Social Sciences and Humanities, 150-156.
[3] Chew Fong Peng & Zul Hazmi Hamad . (2018). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan bahasa Melayu melalui teknik penyoalan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8(2), 1-12.
[4] Kementerian Pendidikan Malaysia. 2018. Kurikulum Standard Sekolah Menengah Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tingkatan 4 dan 5. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
[5] Nabihah Mohd Nawi & Mohamed Yusoff Mohd Nor. (2018). Konsep, amalan pengurusan dan pelaksanaan KBAT di kalangan pentadbir dari sudut persepsi guru di sekolah Jajahan Kota Bharu. Jurnal Wacana Sarjana, 2(1).
[6] Noreenmayaeeranna Kamaruddin & Ruslin Amir. (2021). Kesediaan guru terhadap pembelajaran dan pengajaran di rumah dalam mendepani norma baharu. Jurnal Dunia Pendidikan e-ISSN:2682-826XVol.3,No. 3,308-319,2021. http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd.
[7] Nor Hazizah Julaihi & Aniza Hamdan. (2020). Malaysian Secondary School Teachers’ Readiness in Implementiong 21st Century Lea Learning (PAK21). DEStech Transactions on Social Scince. ISBN: 978-1-60595-658-9.
[8] Nur Hawa Hanis Abdullah & Ghazali Darusalam. (2018). Kesediaan Guru melaksanakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam pengajaran. Jurnal kurikulum & pengajaran asia pasifik.julai 2018.bil 6,isu 3. juku.um.edu.my | E-ISSN: 2289-3008
[9] Nur Shahirah Mat Isa & Zamri Mahamod. (2021). Tahap pengetahuan, sikap dan masalah guru Bahasa Melayu Terhadap Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS. Asian People Journal (APJ), 4(1), 93-107.
[10] Zamri Mahamod & Jamilah Hassan. (2018). Persepsi Guru Bahasa Melayu tentang penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan masalah dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan KOMSAS. PENDETA: Journal of Malay Language, Education and Literature, 9, 41-50.
[11] Zhen, Zainuddin, Zin & Yunus. (2021). Teachers’ Readiness in Conducting ESL Remote Teaching in Malaysia during the COVID -19 Pandemic.Ilyana Jalaluddin Naginder Kaur Ramiza Darmi Takad Ahmed Chowdhury.15.