KEBERKESANAN ‘e-SPSS’BAGI KURSUS BUSINESS PROJECT TERHADAP PELAJAR DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN

Main Article Content

Siti Halijah
Noorul Ashikin

Abstract

‘BUSINESS PROJECT’ merupakan  kursus wajib kepada pelajar jurusan Diploma Pengajian Perniagaan di politeknik Malaysia bagi melayakkan pelajar dianugerahkan diploma. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) kursus ‘Business Project’, setiap kumpulan pelajar diminta untuk membuat kajian ke atas isu yang telah dipilih dan menyediakan pelaporan lengkap dari analisis data kajian yang menggunakan perisian SPSS. Masalah utama pelajar ialah kurang pengetahuan dalam mempelbagaikan analisis data dan lebih bertumpu kepada kaedah peratusan, kekerapan dan skor min. Kajian ini bertujuan untuk melihat 1) Keperluan mewujudkan satu panduan analisis data 2) Keberkesanan panduan analisis yang dibangunkan ke atas pelaporan pelajar. Sehubungan dengan itu, kajian dijalankan secara dua peringkat iaitu 1)Kajian keperluan dan 2)Kajian keberkesanan yang telah dijalankan ke atas 65 orang pelajar yang mengambil kursus ‘Business Project’ dari dua buah politeknik. Soal selidik  telahdigunakan sebagai instrumen kajian keperluan dan kajian keberkesanan ke atas penggunaan panduan analisis data yang telah dibangunkandan dinamakan ‘e-SPSS’. Hasil analisis kajian keperluan mendapati bahawa terdapatnya keperluan untuk mewujudkan satu panduan analisis yang mudah dicapai serta mesra pengguna adalah di tahap tinggi iaitu 90.8%. Manakala hasil analisis untuk kajian keberkesanan pula menunjukkan 100% pelajar bersetuju bahawa ‘e-SPSS’dapat meningkatkan kefahaman pelajar dalam mempelbagaikan analisis data kajian untuk menghasilkan laporan kajian yang berkualiti. Kajian ini telah memberi impak yang signifikan terhadap proses P&P bagi kursus ‘Business Project’ manakala‘e-SPSS’boleh ditambah baik seperti penambahan audio dan video supaya menjadi lebih menarik.

Article Details

How to Cite
Halijah, S., & Ashikin, N. (2019). KEBERKESANAN ‘e-SPSS’BAGI KURSUS BUSINESS PROJECT TERHADAP PELAJAR DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN. INTERNATIONAL CONFERENCE ON GLOBAL EDUCATION, 1(1), 827-833. Retrieved from https://ejurnal.unespadang.ac.id/index.php/ICGE/article/view/10
Section
21ST CENTURY LEARNING

References

Ahmad, S. F., & Tamuri, A. H. (2010). Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi Multimedia dalam Pengajaran j-QAF. Journal of Islamic and Arabic Education 2(2), 53-64.
Chuah, K.-M. (2013). Aplikasi Media Sosial Dalam Pembelajaran Bahasa Inggeris : Persepsi Pelajar Universiti. Issues in Language Studies (Vol.2 No.1), 56-63.
Embi, M. A., Wahab, Z. A., Halim, A., Atan, H., Ismail, M., Hussin, S., . . . Hamat, A. (2010). Amalan, Keberkesanan & Cabaran Pelaksanaan e-Pembelajaran di IPT Malaysia. Putrajaya: Jabatan Pengajian Tinggi KPTM.
Embong, & Hasnira. (2005). Pembinaan dan Keberkesanan Penggunaan Perisian Multimedia Elektrokimia Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kimia Tingkatan 4. Tanjung Malim: UPSI.
Hat, N. C., Sha'ari, S. H., & Hamid, M. F. (2013). Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Animasi dalam Pembelajaran Bahasa Arab. Jurnal Teknologi (Social Sciences) 63:1, 25-29.
Hussin, F., Ali, J., & Noor, M. S. (2015). Kaedah Penyelidikan & Analisis Data.Kedah: UUM Press.
Jalaluddin, N. H. (2006). Budaya Penyelidikan Dan Penerbitan Bertamadun : Satu Sinergi. GEMA Online Journal of Language Studies, 49-64.
Lai; Soon Phin and Sharifuddin; Rio Sumarni. (2003). Keberkesanan Perisian Multimedia Bagi Pengajaran dan Pembelajaran Elektrokimia (Sel Elektrolisis dan Sel Kimia) : Satu Kajian Kes. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Mahamod, Z., & Embi, M. A. (2008). Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu : Teori dan Praktis. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.
McKillip, J. (1987). Needs Analysis : Tools for The Human Services and Education.Newbury Park: Sage.
Mokhtar, & Norhidayu. (2004). Membangunkan Modul Perisian Alat Bantu Mengajar (ABM) Berasaskan Komputer Bagi Tajuk Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma, Biologi Tingkatan Empat. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Puteh, Nor, S., Salam, & Abd, K. A. (2012). Tahap Kesediaan Penggunaan ICT Dalam
Pengajaran dan Kesannya Terhadap Hasil Kerja dan Tingkah Laku Murid Prasekolah. Jurnal Pendidikan Malaysia 36(1)(2011), 25-34.
Saleh, M. P., & Siraj, S. (2016). Analisis Keperluan Pembangunan Model Pengajaran M-Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah Sekolah Menengah. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 12-24.
Shuib, A. S. (2010). Rekabentuk Kurikulum M-Pembelajaran Sekolah Menengah : Teknik Delphi. Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in Information and Communication Technology, 652-665.
Witkin, B.R. (1997). Needs Assessment Kits, Models and Tools. Educational Technology, 17(11), 5-8.
Yahaya, A., Hashim, S., Ramli, J., Boon, Y., & Hamdan, A. R. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan ; Teori, Analisis & Intepretasi Data. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.
Zamri, M., & Noor, N. A. (2011). Persepsi Guru Tentang Penggunaan Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran Komponen Sastera Bahasa Melayu. Journal of Language Studies, 163 - 177.